Mario Royale: Apabila Super Mario Bros Jadi Game Battle Royale

By Intan Mawarni | June 18, 2019

Bayangkan Mushroom Kingdom dipenuhi dengan 100 Mario melompat-lompat dan merampas power up korang?

Bahana fenomena battle royale juga melanda game klasik, Super Mario Bros yang kini ditukar membabitkan 98 pemain bertarung untuk menjadi Mario terunggul dipanggil sebagai Mario Royale.

Mario Royale adalah sebuah game boleh dimainkan melalui pelayar internet yang dibangunkan oleh seorang YouTuber bernama InfernoPlus. Korang boleh main Mario Royale dengan klik pautan ini.

Game platformer ini sama seperti Super Mario Bros asal dengan beberapa perubahan untuk menepati tema battle royale. Menurut InfernoPlus, pemain tidak boleh melompat atas satu sama lain tetapi mereka boleh tendang cengkerang Koopa dan hanya satu power up sahaja tersedia untuk direbut oleh 98 pemain lain.

Lebih menarik lagi, sesiapa yang dapat power up Star boleh menjadi Mario besar dan boleh mematikan pemain  dengan lompat atas Mario lain. Jadi, siapa cepat dialah dapat.

Mario Royale ini juga menyokong fungsi controller. Saya sudah cuba main game ini melalui Google Chrome dan ia berjalan lancar asalkan korang ada hubungan internet. Cubalah main game ini sementara ramai lagi pemain tanpa sebarang kos.

Sumber: Patreon