Meka Hunters, Game Buatan Malaysia Dilancarkan Untuk Android & iOS

By Burhanudin Zamri | April 6, 2020

Membangunkan sebuah permainan video dengan sekumpulan pembangun tidak mudah. Bayangkan jika anda membangunkan sebuah permainan video secara berseorangan. Itulah yang dilakukan oleh Amarul Natenan, pembangun Meka Hunters.

Meka Hunters merupakan permainan video mudah alih di mana pemain akan mengawal sebuah mech dan perlu bertarung dengan pemain lain atau bot. Ia dilancarkan untuk peranti Android & iOS pada 31 Mac 2020 dan kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store and Apple App Store.

Setiap perlawanan Meka Hunters boleh dimainkan 12 orang pemain sekaligus. Bot akan dimasukkan jika tidak cukup pemain dalam satu perlawanan. Permainan ini sesuai untuk sesiapa sahaja tidak mengira tahap kemahiran kerana tidak ada kawalan tembakan vertikal, hanya mendatar.

Untuk mengubahsuai mech anda, anda boleh membeli barangan kosmetik dengan menggunakan wang sebenar. Walaubagaimanapun, ia bukan sesuatu yang wajib dan ia tidak akan mempengaruhi cara permainan. Ia hanya membuatkan mech anda kelihatan lebih hebat.

Meka Hunters telah menjadi peserta akhir di Level Up KL SEA Games Award pada tahun 2018 dan 2019. Ia juga memenangi MDEC Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) pada tahun 2018.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.