“Merdeka!” – Soloz alih suara Badang untuk emote Bahasa Melayu pertama

By Mike Hayate | August 26, 2021

Bagi menyambut sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun ini, Mobile Legends: Bang Bang Malaysia sudah melancarkan emote eksklusif Badang.

Anda hanya perlu log masuk lebih dari lima hari utuk mendapat emote ini.

Fariz ‘Soloz’ Zakaria juga akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk voiceover emote ini.

Pemain perlu log masuk ke MLBB selama lima hari bermula 26 Ogos sehingga 1 September.

Penulis sempat menemubual Soloz dan bertanyakan pendapat beliau.

1. Perasaan Soloz apabila menjadi yang pertama di Malaysia untuk buat voiceover dalam MLBB ni?

“Perasaan saya sangat gembira kerana menjadi yang pertama. Dalam masa yang sama saya juga berasa kekok sebab masa sekolah dahulu laungan ni bukan berseorangan tetapi dengan kawan-kawan.

“Saya banyak juga melihat video-video laungan Merdeka! untuk voice over kali ini.

2. Sebagai pro player yang tidak pernah ada background voice acting, bagaimana Soloz belajar cara untuk voice acting?

“Saya hanya belajar dari melihat laungan Tunku Abdul Rahman dan juga contoh orang yang membuat voice untuk merdeka. Saya cuba mimik semula, namun asyik ketawa sebab susah.

“Akhirnya saya berjaya juga mendapat tone yang betul supaya tidak terputus. Saya cuma menyumbangkan voice ‘Merdeka’ sahaja setakat ini untuk Moontoon Games.

3. Sebagai yang pertama,  ada tak rasa perlu set standard yang tinggi?

“Untuk bahagian ‘Merdeka’ saya sangat berpuas hati, dan mungkin voice acting untuk karakter lain lebih mudah bagi saya. Laungan ‘Merdeka’ ini bukan senang. Saya juga memerlukan banyak percubaan dan 10 minit untuk rakaman ini.

“Saya cuba ulang-ulang dan membuat banyak kali sehingga mendapat nada yang sesuai. Suara saya juga susah kerana saya bukan jenis suara garang.

“Ada juga bertanya kepada Daddyhood untuk bagaimana saya hendak rekod suara saya ini.

4. Apa pendapat Soloz dengan  kandungan Merdeka ni?

“Saya akan reviu suara ini nanti. Saya sudah lama bermain MLBB jadi saya rasa seronok dapat kolaborasi dengan Moontoon untuk voice seperti ini.

“Event ini akan buat rakyat Malaysia terutamanya gamers pun turut sama merasa suasana Merdeka ini.

5. Apa antara voiceover yang Soloz rasa nak buat lagi selepas ni?

“Setakat ini saya rasa hero yang akan saya voice kalau diberi peluang adalah Gusion dan Ling. Saya suka hero-hero ini sebab saya selalu main.

“Mungkin saya akan tambahkan ayat seperti ‘bantai semua’ atau ‘nak langgar-langgarlah’.

“Seronok kalau boleh psiko orang lain supaya pemain ML tidak manja.

6. Setakat ini ada lagi tak orang lain yang di Malaysia untuk buat voice pack?

“Setakat ini saya seorang sahaja lagi tapi saya tahu banyak lagi voice lain untuk negara-negara lain seperti Filipina dan Indonesia.

“Harap nanti ramai orang akan spam emote ini semasa berlawan dan mungkin akan ada lagi variasi lain sticker atau voice-voice lain.

7. Apa perkara paling penting untuk menjadi seorang streamer terbaik?

“Bagi saya perkara paling penting ialah mencari bakat sendiri dahulu dan tanya diri sendiri ‘Kenapa orang hendak tengok aku?’

“Ada banyak faktor tetapi bagi saya paling senang jika seseorang itu mempunyai bakat untuk bermain dan boleh menghiburkan orang.

8. MLBB atau PUBG? Sebab ada nampak Soloz banyak main PUBG sekarang?

“‘ML FOREVER’. PUBG tu macam game yang relaks untuk saya jadi sebab itu saya main PUBG. Dari dulu saya bermula dengan ML.

“Kalau ada peluang untuk comeback ke ML, tetapi saya perlu mencari masa untuk training. Ramai rakan-rakan pasukan mempunyai komitmen yang lain.

“Masa latihan seperti 8 jam sehari pasti akan mengganggu jadual juga.

8. Ada apa-apa ucapan tak untuk peminat di luar sana?

“Jangan lupa dapatkan emote Badang ini dan spam banyak-banyak nanti! Nanti hari Merdeka jangan lupa ajak rakan-rakan main sekali untuk semangat Merdeka sama-sama,”

——-

Selain emote percuma ini, pemain juga boleh menyertai kolaborasi Transformers bermula 21 Ogos ini sehingga 12 September ini. Anda juga boleh memenangi skin terhad Transformer dan barang-barang in-game items.