“Meta Tank sangat menguntungkan kami,” – Box

By Hazrul Md Nor | March 28, 2022

Suhaz Esports menewaskan Geek Fam di dalam perlawanan yang begitu sengit semalam di minggu kelima MPL MY S9. Kedua-dua pasukan dilihat sangat berpotensi untuk mendapatkan kemenangan dan tidak berpihak kepada sebelah pasukan sahaja.

Hadiazwan Rosli (Box) yang menggunakan Roger sebentar tadi menjadi kunci kemenangan mereka di perlawanan ketiga. Setiap rotasi dan keputusan yang dia lakukan di fasa akhir permainan berjaya memerangkap pasukan Geek Fam.

Penulis menemubual Box dan bertanya tentang strategi mereka muncul juara di dalam perlawanan ketiga itu.

“Yang kami bawa sebentar tadi adalah meta kami, Roger dan dua fighter. Kami sudah berlatih dengan begitu lama menggunakan meta itu dan ianya berkesan sebentar tadi,” ujarnya.

Perlawanan ketiga menyaksikan A.J menggantikan Zedd, ditanya mengapa A.J dimasukkan.

“Itu memang strategi kami, sekiranya permainan itu akan berlangsung sehingga ke perlawanan ketiga, kami akan bawa masuk A.J,”

Rookie baru Suhaz Esports iaitu Zedd yang dibawa masuk dari Suhaz Junior berpotensi menjadi pemain gold laner terbaik. Ditanya tentang pandangan Box terhadap Zedd.

“Bagi saya Zedd adalah sangat bagus akan tetapi dia perlukan lebih pengalaman kerana dia masih lagi baru tapi mempunyai skill yang sangat hebat.

“Kami sangat yakin untuk mendapatkan slot di upper bracket. Kami akan meningkatkan lagi latihan kami, selalunya akan berlatih 12 jam sehari dan scrim dengan pelbagai negara untuk menambahkan pengalaman.” 

Ketika ditanya tentang meta tank yang kerap digunakan ketika ini, meta tank sangat berpihak kepada mereka. 

“Meta tank sangat memihak kepada kami kerana D.Ace mempunyai kepakaran menggunakan hero tank, syukur alhamdulillah.

“Bagi saya Masha tidak begitu sukar untuk counter, cuma perlu untuk menyekat asakannya dari fasa awal minit permainan. Jika berjaya melakukan perkara itu, Masha akan sukar untuk melakukan tugasnya,” katanya.

Foto: Moonton Games