Minuman Nescafe edisi terhad Mobile Legends Badang kini dijual

By Habil Izzat | April 5, 2022

Badang adalah hero popular Mobile Legends yang bersandarkan pahlawan lagenda dunia Melayu.

Baru-baru ini, Nescafe mengumumkan kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang dengan menampilkan rekaan bungkusan eksklusif Badang.

Kolaborasi ini sempena Liga Profesional (MPL) MY musim kesembilan yang sedang berlangusng.

Anda boleh mendapatkan minuman ini dengan perisa original di kedai 7-Eleven di seluruh negara dengan harga RM2.80 satu tin.

Selain itu, Nescafe juga sedang giat mempromosikan minuman perisa lokal seperti Ros Bandung, Pandan dan Gula Melaka.

Sumber rujukan: tajria