MLBB: Aamon mampu “burst” marksman dan mage dalam sekelip mata

By Hazrul Md Nor | October 31, 2021

Moonton baru sahaja mengumumkan hero terbaru Mobile Legends iaitu Aamon atau dikenali dengan nama panggilan Duke of Shards. 

Hero ini adalah abang kepada Gusion dan seorang assassin yang sangat kuat di minit awal permainan. Aamon sesuai dimainkan sebagai jungler untuk melakukan rotasi di lane pihak lawan.

Pasif yang dimilikinya mampu menghilangkan hero itu dari diserang oleh musuh. Apabila Aamon menghilangkan diri, ia akan mengisi kembali nyawa yang hilang. Satu abiliti yang sangat luar biasa untuk bergerak serta keluar di dalam pertarungan.

Kemahiran pertama dan kedua Aamon sesuai digunakan ketika ingin memulakan serangan. Anda boleh menggunakan combo kemahiran kedua + serangan biasa + kemahiran pertama dan disusuli dengan serangan biasa dan kemahiran ketiga.

Boleh dikatakan hero ini mampu menumbangkan hero marksman dan juga mage di dalam pertarungan dengan mudah. Adakah anda sudah mencuba hero ini di dalam Land of Dawn? Jika belum, pastikan anda bermain practice terlebih dahulu sebelum mencuba di classic atau ranked.

Selamat mencuba!