MLBB: Cuba master dua hero ini untuk menjadi jungler terbaik

By Hazrul Md Nor | December 15, 2021

Untuk menjadi seorang jungler itu haruslah mempunyai kemahiran mekanikal dan fahaman tentang skill hero yang dimainkan.

Nilai ini penting kerana jika anda hanya bermain mengikut meta dan tidak memahami kekuatan hero yang anda pilih maka anda akan mengalami masalah untuk mengeluarkan kekuatan menyeluruh hero itu.

Dua hero yang sering dipilih sebagai jungler di dalam Kejohanan Dunia M3 adalah Lancelot dan Paquito. Sebelum ini Hayabusa sangat popular di MPL MY dan juga ID, namum Moonton mula melakukan kemaskini untuk mengurangkan kekuatan hero itu sehinggakan Haya tidak dipilih lagi oleh pemain profesional.

Lancelot dan Paquito boleh dikatakan masih stabil dan kekuatan kedua-dua hero ini di fasa awal permainan juga sangat ketara dengan burst damage yang dikeluarkan. Jika anda ingin bermain Paquito, pastikan anda berlatih untuk menggunakan combo Champ Stance dan Knockout Strike.

Paquito mampu untuk menumbangkan musuh dengan cepat dan efisyen apabila dimainkan sebagai jungler.

Selain itu, hero ini juga mudah untuk melakukan farming dan bergerak di dalam peta oleh kerana kemahiran pasif Champ Stance yang memberikan penambahan kelajuan pergerakan selepas ianya diaktifkan.

Pastikan anda spam skill hero ini untuk memenuhi bar untuk mengaktifkan Champ Stance dengan lebih pantas.

Bagi Lancelot pula, hero ini terkenal dengan dodge skill yang mampu untuk mengelak apa jua skill yang ditujukan kepadanya seperti ultimate dari Cyclops, Eudora dan juga Lesley.

Lancelot juga mempunyai skill yang mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, menjadikan ia satu hero assassin yang sangat berbahaya.

Kedua-dua hero ini sangat memerlukan barang seperti War Axe dan juga Endless Battle untuk mengeluarkan burst damage yang tinggi kepada musuh. Walaupun kedua-dua hero ini sangat kuat untuk menumbangkan musuh, anda juga perlu memerhatikan masa yang tepat untuk masuk di dalam pertempuran.

Jika tersilap langkah, pihak musuh pasti akan dapat mengunci anda dan seterusnya menumbangkan anda.

Adakah anda sudah mencuba salah satu dari hero ini di dalam Land of Dawn? Jika belum, ini lah masanya untuk belajar kedua-dua hero ini dan mendominasi di dalam MLBB!