MLBB: Ini 3 tips yang betul nak main Marksman

By Hazrul Md Nor | May 4, 2022

Di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends, Marksman menjadi kunci kemenangan untuk setiap pasukan di Land of Dawn.

Ini kerana mereka mampu untuk menyumbangkan damage yang tinggi kepada pihak musuh di fasa akhir permainan.

Tugas utama mereka adalah untuk mendapatkan objektif iaitu memenangi gold lane.

Selain itu, menumbangkan turret pihak lawan serta melakukan farming dengan kadar yang paling cepat bagi mendapatkan barang core.

Namun begitu, masih ramai pemain yang kurang mengerti atau sering melakukan kesilapan ketika bermain sebagai marksman.

Ya, ramai orang boleh bermain marksman akan tetapi jika anda ingin menjadi pemain marksman yang lebih hebat, cuba tips ini.

PENTINGKAN DIRI

Ini adalah elemen yang paling penting jika anda bermain marksman, buang sifat ingin membantu pasukan anda di lane yang lain. Fokuskan 100% terhadap farming anda, ini kerana marksman tidak begitu kuat di fasa awal permainan.

Mereka sangat memerlukan farming untuk mendapatkan barang core seperti Endless Battle, Windtalker dan lain-lain. Jika anda pergi membantu pasukan dan anda terkorban di dalam pertarungan itu, perkara ini akan melambatkan lagi kadar farming anda.

PENGAWASAN PETA

Kemahiran ini perlu ada di dalam setiap diri pengguna marksman, jika anda lihat banyak hero yang tidak muncul di dalam peta. Ini berkemungkinan mereka akan datang untuk melakukan ganking ke atas anda.

Anda perlu berundur ke turret dan menunggu jika mereka sudah munculkan diri di dalam peta. Selain itu, kemahiran pengawasan peta (map awareness) ini memberikan anda kelebihan di dalam apa jua situasi yang anda hadapi.

JAGA POSISI

Marksman tanpa jarak yang jauh amatlah mudah untuk dijatuhkan, kebanyakkan marksman membuat kesilapan ini dan mereka menyerang musuh secara bermuka-muka dan menyebabkan musuh dapat menjatuhkan mereka dengan cepat.

Anda harus jaga posisi dan memerhatikan keadaan sekeliling, cari hero yang sedang target anda di dalam setiap kali pertarungan. Contoh seperti Ling dan Natalia, hero ini mampu pergi ke arah backline dengan cepat dan target anda.

Jika anda dapat menguasai elemen-elemen ini, sudah pasti corak permainan anda akan lebih kemas selepas ini. Hero-hero marksman yang sangat kuat ketika ini adalah Popol & Kupa, Miya, Clint, Claude dan lain-lain.

Namun setiap marksman sekarang ini boleh digunakan kerana meta memihak kepada marksman dan anda harus menggunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat anda di dalam Land of Dawn. Selamat maju jaya!