MLBB: Julian terlalu kuat? Guna 3 hero “counter” ini

By Hazrul Md Nor | June 8, 2022

Julian adalah salah satu hero yang memasuki Land of Dawn di dalam kemaskini baru-baru ini. Dia mempunyai salah satu abiliti yang sangat unik di dalam Mobile Legends.

Hero ini tidak mempunyai sebarang ultimate seperti hero lain namun setiap kali julian menggunakan 2 skillskill yang seterusnya akan diperkuatkan lagi untuk menjadi lebih berkuasa dan efektif.

Oleh kerana itu, Julian sering menjadi mimpi buruk buat hero yang mempunyai nyawa yang sedikit seperti marksman dan mage. Bila-bila masa sahaja, Julian boleh mengeluarkan burst damage yang sangat besar.

Jika anda ingin menyekat kemaraan Julian dari terus membunuh ahli pasukan anda, cuba guna tiga hero ini yang mampu membuatkan dia menjadi lemah.

EUDORA

Hero mage ini sangat sesuai untuk memberikan burst damage yang sangat besar kepada satu hero. Kekuatannya berdasarkan kombo yang dilancarkan ke arah musuh.

Gunakan Ball Lightning sebagai skill permulaan untuk mengenakan stun dan mengurangkan pertahanan magik Julian. Selepas itu, lancarkan Forked Lightning dan juga Thunder’s Wrath untuk terus menghancurkan Julian.

Jika Eudora sudah berjaya mendapatkan Lightning Truncheon dan Holy Crystal. Setiap skill yang dikeluarkan mempunyai damage yang tinggi. Pastikan anda posisikan diri dengan betul dan jangan ditangkap oleh Julian semasa peperangan berlaku.

BENEDETTA

Wanita yang berbekalkan senjata pedang ini sangat lincah di dalam peta. Skill passive yang digunakan oleh Benedetta iaitu Elapsed Daytime memberikannya kelebihan untuk dash ke arah musuh.

Selain itu, Benedetta mempunyai skill An Eye for An Eye yang memberikannya crowd control immunity (CC) termasuk skill chain yang dikeluarkan oleh Julian. Oleh itu, Benedetta mudah sahaja melepaskan diri dari kombo Julian.

Alecto: Final Blow menjadikan Benedetta antara hero yang paling sukar untuk ditangkap di dalam Mobile Legends. Skill ini juga boleh digunakan untuk mengejar Julian yang melarikan diri di dalam peta selain digunakan untuk mengelak kombo hero mage itu.

CHOU

Hero ini sangat popular di dalam Land of Dawn, dikatakan tidak ketinggalan meta walau apa jua kemaskini dikeluarkan oleh Moonton. 

Chou mempunyai skill yang memberikannya kelebihan untuk mendekatkan diri dengan musuh iaitu Jeet Kune Do. Digabungkan dengan penggunaan Shunpo, Chou boleh mengelak dari terkena chain yang dikeluarkan oleh Julian kerana Shunpo mempunyai crowd control immunity (CC).

Jika anda ternampak Julian di dalam peta, cuba untuk menangkapnya dengan menggunakan Jeet Kune Do dan juga Shunpo. Selepas itu, gunakan The Way of Dragon untuk menendangnya ke arah pasukan anda. Cara ini akan dapat menghentikan pergerakan Julian yang sangat lincah.

Foto: Moonton