MLBB: Mahu tips bermain Jungler? Ikuti saranan dari Suhaz Box

By Hazrul Md Nor | December 2, 2021

Bermain sebagai posisi Jungler ini memerlukan banyak kesabaran kerana anda akan menjadi salah satu kunci kemenangan untuk pasukan anda jika bermain dengan betul.

Pemain dari Suhaz Esports iaitu Hadiazwan Rosli atau Box ada berkongsi tiga tips bagaimana ingin menjadi jungler yang berjaya.

https://www.instagram.com/p/CW77ayBJxkX/

Menurutnya, seorang jungler itu harus bermain dengan agresif akan tetapi harus menilai dari sudut hero pihak lawan juga. Apa yang dimaksudkan olehnya dengan bermain agresif itu adalah anda harus mencuri buff dan juga minion milik pihak lawan.

Selain itu, Lithowanderer juga harus diberikan keutamaan oleh kerana ia memberikan penambahan kelajuan pergerakan serta penjanaan semula mana (MP) anda.

Seterusnya, tips kedua adalah anda harus bijak menilai keadaan semasa. Jika pasukan anda sedang bertarung dan anda merasakan pertarungan itu tidak berjaya untuk dimenangi walaupun anda sertai.

Teruskan sahaja niat anda untuk melakukan farming kerana jungler sangat kuat selepas siap barang core yang diperlukan.

Tips yang terakhir adalah anda harus mengurangkan mati di dalam peta kerana perkara itu hanya akan memperlahankan kadar farming anda.

Box juga turut memberikan cadangan untuk menggunakan hero jungler seperti Lancelot, Hayabusa dan Yi Sun-Shin dalam patch terkini. Selamat mencuba!

Foto: Suhaz.Box