Mobile Legends: 5 Sebab Kenapa Cecilion Dianggap OP, Kena Ban Dalam Rank

By Hazril Md Nor | February 13, 2020

Mobile Legends: Bang Bang baru saja umumkan hero terbaru, Cecilion, pengguna magik yang juga boyfriend kepada Carmilla.

Ramai yang kata hero ini overpowered (OP) dan terlalu tinggi kuasa serangan. Rakan penulis juga ada berkata yang mereka tak ada mood nak main kalau terjumpa hero ini. Ada juga yang terus leave match sebab rasa akan kalah. Tapi setiap hero ada kelemahan kan? Kadang-kadang kelemahan tu kita boleh tahu dari kekuatan hero tersebut.

Jom baca 5 sebab kenapa hero ini sangat kuat dalam Mobile Legends!

 

1. Poke yang tinggi

Berbeza dengan mage lain, Cecilion antara mage yang mempunyai kebolehan untuk ‘membuli’ musuh di lane tanpa masalah. Kuasa pertamanya, Bat Impact mempunyai cooldown yang sangat rendah, hanya 1.5 saat bagi peringkat apa pun. Ini membolehkan Cecillion untuk poke musuh dengan kerap.

Kuasa ini bagaimanapun menggunakan begitu banyak mana, 1.8 kali ganda setiap kali digunakan (maksimum 4 kali). Kuasa ini juga diskalakan dengan mana maksimum sekali gus menguatkan lagi serangannya jika Cecilion membeli item seperti Clock of Destiny.

Buff dari Serpent dapat mengurangkan masalah ini kerana menolak penggunaan mana sebanyak 40% dan juga cooldown bagi setiap kuasa sebanyak 10%.

Ini menjadikan Cecilion antara hero mage paling kuat di laluan tengah dan sangat sesuai untuk gank.

 

2. Boleh hentikan channeling spells 

Seperti Gord yang mempunyai sieging power dari jauh, Cecilion juga sangat berpengaruh dalam teamfight. Kuasa keduanya, Sanguine Claws boleh menghentikan serangan berterusan (contohnya ulti Odette dan Gord). 

Berbekalkan range yang jauh, kuasa ini sangat berbahaya dan juga boleh membantu fighter untuk kenakan damage lagi tinggi kerana ia merapatkan musuh ke arah satu posisi apabila mereka tertangkap di tempat pertemuan kuku tersebut.

 

3. Sustain yang sangat berkesan

Siapa kata damage tinggi tapi nyawa macam ‘air’? Cecilion boleh comeback dari nyawa sikit kepada penuh dengan ultimate beliau. Bats Feast bukan saja menambahkan kelajuan pergerakan dan mendapat imuniti dari efek slow, kuasa ini juga mencuri nyawa dari pihak lawan!

40 blood energy dikeluarkan untuk sembuhkan nyawa beliau sebanyak 10 dan 1% dari nyawa yang hilang. Makin ramai musuh, makin cepat dia tambah nyawa!

 

4. Satu-satunya hero dengan kuasa istimewa dalam game

League of Legends mungkin mempunyai Rakan dan Xayah, tapi di MLBB, ada Cecilion dan Carmilla! Dia adalah satu-satunya hero yang mempunyai kuasa ekstra apabila berganding bersama pasangannya. Ia memberikan 440-1,000 jumlah shield apabila Carmilla memasuki badannya. Carmilla kemudiannya boleh memilih lokasi dan mendarat di situ, juga menerima jumlah shield sama dan mengenakan damage di kawasan yang kecil. 

Ini memberikan kelebihan kepada kedua pasangan ini yang tak terdapat pada hero-hero lain.

 

5. Tak perlu backup sangat

Berbeza dengan Gord, Cecilion lebih sama dengan Pharsa yang mempunyai kebolehan untuk larikan diri dengan mudah. Jika dikejar, anda boleh guna ulti untuk tambah balik nyawa atau gunakan kuasa kedua bagi memperlahankan gerakan musuh yang mengejar.

Kalau anda lebih yakin, boleh guna kuasa pertama untuk cederakan mereka sambil lari. Silap-silap, anda pula yang akan mengejar musuh tu!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.