Mobile Legends: Bruno, X-Borg Dan Lylia Antara Fokus Patch Advanced Server 1.4.06

By Hazril Md Nor | August 19, 2019

Advanced Server adalah tempat di mana hero-hero baru diperkenalkan dan hero sedia ada mungkin akan dinilai untuk proses pertukaran (revamped). 

Kali ini dalam kemaskini 1.4.06 di Advanced Server, Bruno, X-Borg dan Lylia antara yang menjadi perhatian kerana ada perubahan ketara pada mereka. 

Menurut satu posting di Reddit, Bruno akan mengalami perubahan pada skill pertama dan kedua.

Skill pertamanya boleh ditekan dan serangan seterusnya akan menerima penambahan kuasa (power up) dan bola itu akan melantun kembali ke arah joystick pemain. Sebelum ini bola tersebut akan statik di tanah dan Bruno perlu berlari untuk mengambilnya.

Manakala kuasa kedua pula (dash) akan lebih dekat jaraknya tapi cooldown akan dipercepatkan kalau pemain berjaya menangkap bola selepas skill pertama. Ulti pula kali ini akan melantun antara hero pihak lawan sehingga 10 kali dan akan dikenakan damage lebih tinggi untuk setiap lantunan.

Sementara itu, Lylia pula menerima nerf  yang agak ketara apabila cooldown ultinya dinaikkkan 5 saat pada kesemua peringkat. Penambahan nyawa juga dikurangkan pada kadar 5 peratus dan pergerakan tambahan ditukar pada 20% berbanding 40%.

X-Borg pula menerima nerf yang boleh dikatakan sesuai kerana ramai yang menyifatkan hero ini overpowered atau terlebih kuat.

Firaga Armor akan memberikan hanya 30% Armor berbanding 50% sebelum ini dan nyawa permulaan ditukar dari 1,288 kepada 1,138 bagi memberi laluan kepada hero lain untuk counter X-Borg pada awal permainan.

Perubahan ini belum lagi rasmi dan macam-macam boleh berlaku dalam Advanced Server.

Namun, di klien rasmi MLBB sudah menunjukkan teaser mengenai Bruno dan perubahan pada kuasa barunya ini.

Advanced Server adalah server tidak rasmi yang digunakan untuk menilai kekuatan dan kekurangan hero Mobile Legends serta pelbagai pengubahsuaian lain.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.