Mobile Legends: Geek Fam Akan Berentap Dalam Kejohanan Clash Of Champions Asia Tenggara (SEACOC)

By Hazril Md Nor | May 9, 2019

Kejohanan Clash of Champions Asia Tenggara (SEACOC) akan berlangsung pada 18 dan 19 Mei ini!

Ia adalah pertandingan Mobile Legends antara empat negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina. 

Gambar: FB Geek Fam Mobile Legends

Wakil Malaysia, Geek Fam akan menyertai 5 lagi skuad, EVOS SG (Singapura), PSG – RRQ (Indonesia), Team Flash (Indonesia), Burmese Ghouls (Myanmar) dan Cignal Ultra (Filipina) dalam kejohanan mengumpulkan RM45,000 wang tunai terkumpul ini.

Presiden Persatuan E-Sukan Singapura, Ng Chong Geng mengatakan SEACOC juga akan menjadi platform untuk EVOS Sg layak ke pusingan pemilihan ke SEA Games di Filipina.

“Persatuan ini dibentuk untuk membangunkan e-sukan di Singapura agar atlet kami boleh menerima sokongan untuk bertanding di peringkat lebih tinggi dan membawa balik medal. Kami bersedia bekerjasama dengan semua pihak dan pasukan dalam minggu-minggu akan datang sementara kami meneruskan dengan pemilihan kebangsaan bagi pasukan yang mewakili Singapura di Sukan SEA,” katanya.

Kapten EVOS Esports SG, Rober Boon (OhDeerBambi) berucap ketika sidang media

Selain pertandingan ini, acara diadakan selama dua hari ini akan mempunyai diskusi panel untuk membicarakan tentang e-sukan dan peluang pekerjaan dalam industri ini. Antara panelis dijemput ialah Dr. Haresh dari Institut Sukan Belia Kebangsaan, Terence Ting dari Team Flash, Allan Norton dari Informatics yang akan membincangkan topik berkaitan karier dan perkembangan kerjaya serta sains sukan dalam esports.

Untuk info lanjut korang boleh layari www.reddentessports.com.

Ini adalah agihan kumpulan untuk setiap pasukan:

1. Group A

  • PSG RRQ (Indonesia)
  • Cignal Ultra (Filipina)
  • Team Flash (Indonesia)

2. Group B

  • Burmese Ghouls (Myanmar)
  • EVOS Sg (Singapura)
  • Geek Fam (Malaysia)

Sumber: FoxSportsAsia