Mobile Legends: Hang Tuah Dalam Progress, Nantikan Kemunculannya!

By Hazril Md Nor | November 15, 2017

Gatotkaca dah ada, Yi Sun-Shin dah ada, Lapu-lapu dah ada. Macam mana pula dengan Hang Tuah?

Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat Mobile Legends: Bang Bang tatkala menanti hero lagenda daripada negara Malaysia sendiri. Negara jiran terdekat dah pun ada hero warisan sejarah mereka.

Pasti ramai yang bertanya, macam mana proses untuk menjadikan Hang Tuah sebagai hero? Apa prosedur yang perlu dilalui dan siapa bertanggungjawab untuk menjadikan ia satu realiti?

Jawapannya terdapat pada komuniti Mobile Legends sendiri. Ikuti temu bual penulis bersama mereka.

  1. SUN – Lebih dikenali sebagai Papez, moderator group FB Mobile Legends: Bang Bang Official Malaysia

“Permintaan utk Hang Tuah ini bermula selepas keluarnya Gatot Kaca, hero dari Indonesia. Sejak dari itu, ramai player malaysia yang suggest dalam bentuk email, posting, komen dan mel dalam Mobile Legends.
“Biasalah player kita, mesti nak ada hero dari negara sendiri yang boleh dibanggakan. Lagipun Hang Tuah semenangnya menjadi sejarah negara yang terulung sejak dulu.
“Dari yang muda sampai la yang tua, player Malaysia non-stop request dengan moonton untuk hero malaysia.
“Kemudian Moonton pun noticed permintaan yang banyak dari player Malaysia dan mereka bersetuju untuk create 1 hero bersandarkan sejarah Malaysia. Pemain kita pula memberi suggestion menarik seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Rentap dan macam-macam lagi. Even Keluangman pun ada dicadangkan.
“So bila moonton dah setuju untuk buat hero malaysia, pihak mereka request team moderator iaitu kami untuk dapatkan 1 kata putus hero mana yg nak dihasilkan jadi kami pun buat poll dalam group FB dan page. Lalu majoritinya sebulat suara memilih Hang Tuah.
“Bila dah setuju dengan Hang Tuah, Moonton meminta kami untuk collect data bagi pahlawan lagenda itu. Contohnya pakaian, bentuk tubuh, muka (janggut misai) dan rambut.

CONTOH model karakter Hang Tuah yang dihasilkan Moonton
CONTOH model karakter Hang Tuah yang sudah diubahsuai dari ahli komuniti dan mendapat pujian daripada pemain.

“Kami juga diminta untuk kumpulkan idea dari pemain untuk skill dan kebolehan Hang Tuah. Kesimpulannya, banyak idea best dari orang kita.
So dengan data-data yang kami dah collect serta idea-idea player yang diberi pada Moonton, karakter Hang Tuah masih lagi dalam pembikinan dan tarikh keluarannya belum lagi diketahui,” 

DARI kanan: Pengarah Pemasaran Moonton, Mandy Dai, Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay (tengah) dan pemain profesional Dota 2, Wong Hock Chuan ketika majlis pelancaran Liga Profesional Mobile Legends.

 “Pihak kami sedang dalam proses mengumpul data dan perlu melalui beberapa prosedur terlebih dulu sebelum merasmikan karakter Hang Tuah dalam permainan.
Pertamanya, kami perlu melihat dan meneliti idea berkenaan karakter yang dihantar oleh moderator untuk dinilai. 
Ini kerana kami perlu memastikan ia sesuai dengan environment Mobile Legends dan tidak terlalu kompleks.
Kami juga bekerjasama dengan moderator dari Malaysia untuk mendapatkan idea-idea baru dan pendapat,” – Pengarah Pemasaran Moonton, Mandy Dai

Penulis juga mendapatkan jurucakap dari MYIPO bagi memastikan prosedur ini perlu melalui pihak mereka ataupun tidak. 

“Kalau penghasilan karya sendiri, memang tiada masalah kerana tak ada isu copyright. Namun, sekiranya karakter Hang Tuah sudah dihasilkan di tempat lain maka mereka perlu mendapatkan hak kebenaran daripada syarikat itu sendiri,” – Jurucakap MYIPO

Tarikh sebenar karakter Hang Tuah ini akan dikeluarkan masih menjadi tanda tanya. Apa yang pasti, ia tidak lama dari sekarang memandangkan pihak Moonton sudah memperoleh data untuk menghasilkannya. 
 
Bagi korang di luar sana, nantikan kemunculan Hang Tuah di Mobile Legends!