Mobile Legends: Hero Baru Malaysia Akhirnya Diumumkan! Ini Komen Pemain Profesional

By Hazril Md Nor | September 7, 2018

Sebelum ini, Moonton ada bercadang untuk memperkenalkan hero bertemakan sejarah Malaysia ke dalam Mobile Legends. Pada ketika itu, bersoraklah peminat apabila mendapat tahu yang Hang Tuah akan diperkenalkan.

Tapi tak lama kemudian, pembikinan Hang Tuah terpaksa dihentikan atas sebab tertentu. Terbaru, Moonton mengacah peminat dengan teaser foto hero baru yang sah akan dimasukkan ke dalam Mobile Legends. Menariknya, ia hero dari sejarah Malaysia!

Untuk itu, penulis menemu bual pemain profesional Mobile Legends untuk bertanyakan pendapat mereka mengenai hero baru ini. Jom baca!

2ez4jepv – Geek Fam Mystic Burden

Sumber gambar: Facebook 2ez4jepv

“Apabila Hang Tuah diumumkan ketika dulu, saya sangat teruja dan macam tak percaya pahlawan lagenda Malaysia ini akan dikeluarkan. Walaupun ia mengambil masa yang lama, saya yakin ia akan dikeluarkan seperti mana Moonton mengeluarkan pahlawan bersejarah iaitu Gatot Kaca dari Indonesia.

“Tapi untuk hero baru ini, saya rasa ia akan dinamakan Hang Tuah tapi kalau tak benar, Badang adalah nama paling bersesuaian. Disebabkan susuk tubuh yang sasa bersesuaian dengan lagenda atau cerita dongeng Malaysia yang diacah oleh Moonton baru-baru ini. Mungkin hero ini akan dimainkan dalam role Fighter di dalam Mobile Legends nanti.

“Kalau ada hero lain, saya mengharapkan dan ingin mencadangkan Mokhtar Dahari iaitu lagenda bola sepak Malaysia yang bakal menggantikan Bruno,”

Cometopapa – Geek Fam Icon

Cometopapa (tengah). Sumber gambar: FB Geek Fam Mobile Legends

“Dengan penambahan hero baru ini, saya gembira sebab ada hero yang melambangkan negara Malaysia & orang luar boleh tahu sedikit mengenai sejarah Malaysia.

“Adakah dia Badang? atau Hang Tuah? Yang pentingnya ia akan dimainkan sebagai fighter. Saya berharap kalau ada hero lain, bagilah peluang untuk Keluang Man atau boboiboy,”

ADZ – Borneo Dragon FV

Sumber gambar: FB Borneo Dragon

“Sebagai seorang pemain professional yang membawa nama negara, sudah semestinya saya berasa gembira dan berbangga bila hero baru bertemakan negara Malaysia akan dikeluarkan. Ini bermaksud negara kita tidak disisihkan dan menjadi sama taraf dengan negara lain dalam permainan ini.

“Pada pendapat saya, hero yang bakal dikeluarkan akan diberi nama “Badang”. Badang di Malaysia terkenal dengan sifatnya yang kuat dan perkasa, dalam game ini badang akan di jadikan sebagai FIGHTER ataupun TANK yang mempunyai daya tahan serangan yang tinggi dan damage yang besar.

“Selain Badang, saya ingin melihat “Puteri Gunung Ledang” dijadikan sebagai hero dalam game ini. Disebabkan beliau mempunyai sifat yang misterius dan mempunyai tahap kepintaran yang tinggi, saya cadangkan hero ini dibuat dalam kategori hero MAGE,”

King Zyzz – Honor MyA

Sumber gambar: FB Zulshahrin Zulkifli

“Bagi saya bagus developer buat macam ini kerana dapat menarik lagi minat rakyat Malaysia untuk bermain game Mobile Legends. Jarang ada permainan lain yang menggunakan pendekatan ini.

“Bagi saya ia akan dinamakan Badang dan role adalah fighter/support. Jika dberi peluang saya ingin melihat Keluang Man sbgai hero malaysia utk game mobile legends ini,”