Mobile Legends: Ini Sebab Kenapa Valir ‘Revamp’ Lebih OP Dan Kuat Berbanding Dulu

By Hazril Md Nor | October 1, 2019

Valir antara hero pengguna kuasa magis (mage) yang dinantikan sewaktu mula-mula keluar tahun lalu. Namun, sejak Harith dan Guinevere muncul, Valir seolah tidak lagi relevan dalam perlawanan ranking malah hero ini terus dilupakan sekali gus mencatatkan pick rate begitu rendah berbanding hero-hero mage lain.

Selepas menerima revamp (perubahan), nampaknya Valir kembali relevan dan selalu dikenakan ban dalam perlawanan ranking malah ramai yang mengatakan hero ini overpowered? sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Jom kita tengok kuasa-kuasa Valir yang mengalami perubahan.

 

Kuasa pasif – Arcane Flame

Salah satu kekuatan Valir sekarang terletak pada kuasa pasif miliknya. Walaupun dia tidak lagi berkebolehan untuk gunakan skill seterusnya tanpa cooldown, dia mempunyai kekuatan baru iaitu setiap kuasanya akan membakar musuh mengikut jumlah maksimum nyawa dan jika kuasanya dikenakan sebanyak tiga kali dalam masa terdekat, musuh akan dikenakan lagi damage dan dikenakan stun selama 1 saat.

Inilah pasif pertama yang membuatkan Valir antara mage yang versatail dengan kebolehan stun pada pasif.

 

Ultimate – Vengeance Flame

Kita bincang dulu mengenai ultimate kerana ia berkait rapat dengan kuasa-kuasa lain Valir. Pertamanya, ia menghilangkan segala efek crowd control dan juga meningkatkan kelajuan pergerakan sebanyak 60%! Ini amat berguna untuk Valir melarikan diri atau mengejar musuh yang sedang lari.

Keduanya, kuasa ini juga memberikan Valir penambahan efek pada first dan second skill, sebanyak 4 caj.

Lihat efek tersebut dalam breakdown kuasa di bawah.

 

Kuasa pertama – Burst Fireball

Dengan perubahan sekarang, Valir mempunyai kuasa pertama screenshot yang mempunyai dua caj dan apabila digunakan, akan terbiar sekejap di tanah sebelum meletup. Ini juga boleh trigger dua caj untuk pasifnya. 

Kuasa ini juga boleh spam banyak kali dan boleh guna dari jauh untuk poke musuh ketika laning phase.

Vengeance Flame: Kuasa ini akan mempunyai area serangan lebih besar dan Valir mempunyai jarak lebih jauh untuk membaling api ini.

 

Kuasa kedua – Searing Torrent

Kuasa ini lebih kurang sama seperti sebelum ini, menolak musuh yang cuba dash atau datang dekat tapi sekarang ia lebih berguna dengan Vengeance Flame.

Vengeance Flame: Sekarang kuasa ini akan bertukar menjadi Firewall yang memberi damage bagi setiap saat dan mengurangkan kelajuan pergerakan musuh. Ia sangat berguna untuk teamfight. Walaupun Valir tak mempunyai knock up lagi tapi kedua kuasa ini sangat berguna untuk dibaling dari jauh tanpa Valir perlu ke depan pun untuk masuk dalam teamfight.

Jadi apa pendapat anda dengan Valir revamp ini?