Mobile Legends: Lord dan Luminous Lord, apa beza?

By Hazril Md Nor | July 17, 2020

Lord adalah satu makhluk digeruni dalam Mobile Legends: Bang Bang. Kebiasaannya, ia akan muncul pada minit ke-10 dan apabila pemain menewaskannya, Lord akan muncul di satu lane yang rawak buat pertama kalinya.

Makhluk misteri ini adalah penentu kemenangan untuk perlawanan kerana kedua-dua pihak akan bertarung untuk mendapatkan bantuannya. Tapi kini, Lord akan bertukar ke Luminous Lord pada minit ke-12, jadi bagi pemain baru yang tertanya, apa bezanya?

 

Luminous Lord lebih kuat

Adalah penting untuk setiap pemain memerhatikan jam dalam perlawanan. Minit ke-12 akan menyaksikan Lord bertukar ke Luminous di mana senjatanya akan bercahaya kekuningan. Luminous Lord lebih kuat dan mempunyai satu serangan istimewa apabila berada di jarak tower.

Serangan charge ini mampu untuk mengurangkan nyawa menara pertahanan dengan begitu banyak di samping memberikan efek disable pada tower tersebut.. Jadi, penting untuk membawa Luminous Lord sampai ke tower ketiga pihak musuh.

 

Sukar untuk dijatuhkan

Luminous Lord juga mempunyai jumlah nyawa yang lebih banyak dan sukar ditewaskan seorang diri oleh marksman/core. Jadi ia memberi ruang kepada anda dan pasukan anda untuk buat split push di lane lain sementara Lord mendominasi lane yang sudah lemah.

Ini juga peluang untuk anda melakukan play di mana mereka sedang sibuk berlawan Lord di lane, anda boleh gunakan kesempatan untuk gank.