Mobile Legends: MrCocan Bakal Tubuhkan Skuad Baru – Dibarisi Pemain Ranking Teratas

By Hazril Md Nor | April 19, 2018

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) baru saja berakhir minggu lepas dan kita boleh nampak setiap pasukan merekrut ahli baru ataupun menukar ahli. Seperti dilaporkan Astro Awani semalam, 2ez4jepv meninggalkan skuad lamanya, MysteriousAssassin (MyA) selepas lebih setahun bersama.

Bagi Andy atau MrCocan pula, dia mempunyai perancangan sendiri untuk menubuhkan skuad Mobile Legends yang baru. Yang pasti, ia dibarisi pemain di ranking teratas dalam permainan mudah alih itu.

MyGameOn: Apa objektif di sebalik penubuhan skuad ini?

MrCocan: Saya terfikir nak scout pemain di Malaysia bukanlah senang kerana tiada carta rasmi (seperti MMR leaderboard dalam Dota 2), jadi saya hanya membuat rujukan bagi top global players dan daripada National Arena Contest. Biasanya hanya yang ranking tertinggi boleh sertai pertandingan ni. 

Selain itu, saya ingin membantu mengembangkan lagi komuniti Mobile Legends di Malaysia. Sekurang-kurangnya ada pasukan baru yang boleh beri saingan kepada semua. Boleh dikatakan ia dibarisi pemain hebat (top global Malaysia) dan separuh dari mereka adalah peserta MPL.

Kami juga akan sertai pertandingan Mobile Legends dalam masa terdekat iaitu pada akhir April atau awal Mei ini. Fokus kami ialah menjadi pasukan yang boleh berikan saingan hebat dan mendapatkan tajaan untuk membolehkan pemain menjadikan ia (bermain Mobile Legends) sebagai satu karier stabil.

Nota editor: Buat masa ini, MrCocan tak mendedahkan ahli-ahli skuad itu sehingga Ahad ini di mana mereka akan mengadakan sidang media (Press Conference) untuk mengumumkan kepada semua secara rasmi.

Icon MY terdiri daripada 7 orang ahli dan melihat kepada kenyataan Mr.Cocan, pastinya pasukan ini akan menggegarkan arena Mobile Legends tempatan tak lama lagi.

Berita lanjut menyusul Ahad ini.