Mobile Legends: Patch 1.4.70 – Mask Kena Nerf, Tiada Lagi Meta Hyper Carry?

By Hazril Md Nor | April 21, 2020

Antara intipati penting patch terbaru Mobile Legends 1.4.70 ini ialah menyenaraikan kebimbangan pemain mengenai meta Hyper Carry yang sedang digunakan secara berleluasa di mod klasik, rank mahupun di liga MPL yang kita saksikan sebelum ini.

Formasi empat lindung satu (marksman/auto attacker) ini menjadi popular sehinggakan peranan lain seperti mage dan offlaner tidak begitu menyerlah kerana hanya perlu memastikan carry mereka hidup. 

Berkongsi kebimbangan sama, pengulas Mobile Legends, Radzi “Ikuto” Rahman berkata, akan ada dua kemungkinan untuk perubahan di dalam patch terbaru ini.

“Pertama sekali, kita kena faham dulu meta Hyper Carry ini. Ia adalah strategi di mana kita akan mengharapkan carry untuk mendapatkan kesemua farm (gold). Kalau kita beli mask, masih akan dapat duit secara pasif tanpa perlu farm pun jadi kita tak rugi.

“Bezanya sekarang, anda tidak akan lagi dapat duit atau experience langsung setiap 4 saat. Hanya pemakai mask yang mempunyai gold dan experience terendah saja boleh menerima manfaat ini,” katanya.

Keduanya, kata Ikuto, disebabkan perubahan pada mask yang tak lagi memberi experience dan duit kepada lima pemain serentak, kesemua mereka harus farm untuk dapatkan gold.

“Berbanding sebelum ini, berjalan-jalan saja boleh mendapatkan gold pasif. Sekiranya memang percayakan sepenuhnya pada Hyper Carry, tidak mengapa.

“Tapi bezanya kali ini, jika Hyper Carry mati, memang dijamin anda akan kalah. Jadi mungkin pemain akan mula berhenti gunakan meta ini kerana terlalu berisiko,” katanya.

Untuk mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai nerf pada mask, anda boleh tonton video di bawah:

Foto: Dapur Saya