Mobile Legends: “Saya Mahu Cuba Untuk MPL,” – Ahmad Irsyad (Red Revolution)

By Hazril Md Nor | January 6, 2020

Pemain Mobile Legends: Bang Bang yang juga ahli skuad Red Revolution, Ahmad Irsyad Ahmad Azuarrul Saini berhasrat untuk mencuba nasib di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima tidak lama lagi.

Pelajar berusia 17 tahun ini semalam memenangi kejohanan Super Red Festival di Quill City Mall yang mengumpulkan 40 pasukan Mobile Legends bertarung merebut hadiah wang tunai terkumpul RM8,000. Red Revolution muncul juara dan bawa pulang RM2,500, trofi berserta sejumlah diamonds.

“Saya belum mencuba sekali pun untuk sertai MPL tapi kali ini saya nak cuba nasib.

“Sebelum ini saya hanya sertai global squad saja untuk push rank,” kata Irsyad.

Selain Irsyad, Red Revolution diwakili oleh Adam Aiman (byby), Hanis Adlan Adnan (Haru), Mohamad Alham Zuhri Zamri (Epal), Irsyad Amir Ilham (Fufu) dan Ashif Halaj Abdul Majid (Ash).

MPL MY/SG Musim Kelima akan bermula tak lama lagi dan ia dah pun diumumkan oleh Moonton pada semalam.

Liga Profesional itu menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM410,000 dan akan membuka pendaftarannya pada 20 Januari ini.

Buat masa ini, Moonton masih belum menyatakan cara pendaftaran tapi ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jadi jangan terlepas untuk info terkini di laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.