Mobile Legends: ‘Saya Rasa Streaming Itu Sebahagian Daripada Punca Pendapatan,’ – EVOS Bambi

By Hazril Md Nor | June 28, 2019

Sekarang dah hampir berakhir bagi musim ke-12 untuk Mobile Legends.

Dalam kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2019) lepas, EVOS berjaya menang ke atas Geek Fam dan ia adalah perlawanan El Clasico memandangkan kedua pasukan ini bertemu di Grand Final MPL musim ketiga dan EVOS tewas di tangan Geek Fam.

Mereka bagaimanapun tak berjaya mara ke final MSC kerana dikalahkan oleh pasukan ArkAngel yang juga tuan rumah (Filipina).

Penulis menemubual kapten EVOS Esports SG, Boon Wei Xing Robert atau lebih dikenali sebagai EVOS OhDeerBambi bagi menceritakan tentang hala tuju pasukan ini dan sedikit sebanyak pendapatnya mengenai e-sukan.

 

 

MyGameOn: Sebagai pemain profesional, apa yang anda rasa tentang kerjaya ini dan bagaimana ia mematangkan anda?

Bambi: Saya rasa Mobile Legends adalah permainan berkonsepkan kerjasama sepasukan dan ia membantu saya menjadi seorang yang lebih teliti dan matang dalam membuat keputusan. 

E-sukan pula masih berkembang dan walaupun ia mungkin karier paling stabil (setakat ini) tapi ia sedang meningkat maju dan boleh menjamin kewangan yang pasti pada masa depan.

MGO: Apa yang anda boleh katakan tentang e-sukan di Singapura?

Bambi: Ia masih tidak berapa bagus tapi sedang berkembang dengan baik. Apabila e-sukan dikenali di mata dunia, secara tak langsung beri kesan kepada perkembangannya di sini (Singapura). Ramai yang rasa e-sukan setakat bermain game tapi ia lebih daripada itu dan perlukan minat mendalam.

MGO: Apa yang anda boleh katakan bagi pemain profesional yang gemar streaming?

Bambi: Saya rasa ia adalah patut kerana sebahagian punca pendapatan datang daripada streaming. Walaupun ia menjejaskan waktu latihan, saya rasa apa yang perlu dilakukan ialah stream dan berlatih tapi pada masa yang sama tidak mendedahkan strategi (yang mungkin akan digunakan dalam pertandingan).

Buat sementara ini, kami akan berehat kerana off-season tapi saya akan berlatih secara individu untuk terus tingkatkan kemahiran diri.

Ikuti beliau di Facebook https://www.facebook.com/EVOSOhDeerBambi/

MGO: Apa yang anda rasa tentang patch baru dan Bane yang menerima rework?

Bambi: Saya rasa patch ini sangat besar dan mungkin ada perubahan (strategi) akan dilakukan. Ia masih baru jadi saya masih tak pasti apa akan berubah.

Bane pula sudah banyak kali kena reword dan bagi saya versi terbaru ini yang terbaik sebab ada crowd control yang diperlukan dalam perlawanan.

MGO: Bagaimana anda berlatih sebelum mula pertandingan?

Bambi: Kami akan scrim bersama pasukan lain dan lihat mana salah silap yang boleh diperbetulkan. Memang penting untuk ‘baca’ pihak lawan sebelum berlawan dengan mereka dalam kejohanan.