Mobile Legends: Taka bakal merebut posisi “side laner” dalam RRQ Hoshi

By Editorial team | February 12, 2021

Taka baru sahaja dibawa masuk sebagai pemain baru RRQ Hoshi tempoh hari. Kemasukan Taka telah melengkapkan pasukan tersebut yang sememangnya merupakan pesaing yang kuat di dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Mempunyai pengalaman bermain bersama BOOM Esports seterusnya Bigetron Alpha, beliau masih tidak dapat memberikan keputusan yang baik di dalam perlawanan untuk membawa balik piala kejohanan yang didamkan.

Dilihat Taka adalah pemain yang dipilih RRQ Hoshi untuk menjadi sebahagian dari mereka, pastinya organisasi tersebut mengenal pasti tentang potensi diri beliau untuk cemerlang di dalam pasukan.

Dari penglihatan ramai orang, Taka adalah salah seorang dari pemain yang versatile dan boleh bermain dengan pelbagai posisi. Pernah bermain sebagai midlaner sebelum ini, secara automatik dia menguasai mage hero yang kini lebih dimainkan sebagai support dalam meta.

Jadi dimana Taka akan ditempatkan di dalam pasukan RRQ Hoshi? Salah seorang player mereka, Xinnn memberitahu pada saat live streaming, beliau yakin Taka akan bermain di sidelane.

“Taka akan mengambil posisi di sidelane. Jadi yang akan merebut posisi di sidelane itu adalah Wizzking, Taka, dan Lemon. Tidak tahu siapa yang akan bermain di sidelane,”

“Siapa yang paling hebat? Kalau marksman Taka dan Wizzking lebih hebat. Lemon tidak begitu bagus dengan posisi Marksman. Akan tetapi Lemon kalau di tournament adalah berbeza. Beliau yang paling mudah menyesuaikan diri dengan posisi,” ujarnya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.