Moonton mengumumkan sambutan ulang tahun MLBB yang kelima dan Project NEXT

By Hazrul Md Nor | August 20, 2021

Moonton, pembangun permainan peranti mudah alih popular Mobile Legends kini sudah genap 5 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Ramai yang mengkritik permainan itu untuk menjadi salah sebuah permainan berkonsepkan MOBA versi mobile.

Namun begitu, Moonton berjaya merangkul kejayaan demi kejayaan selepas mereka berhempas pulas untuk mempopularkan Mobile Legends di benua Asia Tenggara, kejohanan MPL yang dibentuk pada musim pertama membawakan Moonton selangkah ke era baharu.

Selain itu, mereka memperluaskan lagi pengaruh mereka dengan pengumuman liga MPL Brazil, MPL Kemboja, Arabia Major dan terkini kejohanan Latam yang diwakili oleh negara-negara dari Amerika Latin. Ianya sekaligus menolak dakwaan Mobile Legends hanya popular di benua Asia Tenggara.

Untuk meraikan Mobile Legends yang sudah berusia 5 tahun, Moonton mengacah event terbaru “Project NEXT” mereka di dalam pautan yang dimuat naik di Youtube mereka.

Hero terbaru yang diumumkan adalah di dalam kategori support dan ianya dinamakan sebagai Floryn. Seperti Rafaela, Floryn berupaya menggunakan heal ke atas pasukannya dan kemahiran beliau adalah bersifat aoe (area of effect).

Selain itu, Miya juga diberikan kemaskini skin terbaru yang diberikan nama sebagai Moon Priestess. Ia di inspirasikan dari Moon Goddess Festival, skin ini akan dapat digunakan oleh kesemua para pemain semasa event itu berlangsung.

Nantikan kemunculan event ini pada bulan hadapan selepas event MLBB X Transformers berakhir.