MPL: Geek Fam Menang Perlawanan Sengit Ke Atas Team Bosskurr, 2-1

By Hazril Md Nor | February 29, 2020

Pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam berjaya melepasi pusingan sengit ke atas Team Bosskurr yang mempamerkan prestasi baik pada perlawanan minggu pertama Liga Profesional (MPL) MY/SG Musim Kelima hari ini.

Mereka menewaskan Bosskurr dengan skor akhir 2-1, dua kali mempertaruhkan Gusion untuk Dominus.

Prestasi Feekz sebagai Granger juga wajar dipuji apabila memberikan damage yang tinggi untuk pasukan itu. Geek bagaimanapun menukar Rumpel kepada Ozoraveki yang bermain untuk game kedua dan ketiga.

Bagi Bosskurr pula, lineup baru ini tak kurang hebatnya. Leixia yang bermain sebagai Cecillion wajar dipuji dan Rush sebagai Chou selalu mengambil risiko menangkap Feekz.

Siren Esports akan berentap bersama Resurgence bagi perlawanan terakhir hari ini.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam musim liga selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Foto: eGG Network

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.