MPL: “Harapan Kami Esok Untuk Julang Trofi MPL Buat Kali Kedua,” – Daus “Rynn” Jamil

By Hazril Md Nor | October 19, 2019

“Harapan kami untuk esok ialah berjaya ke Grand Final dan julang trofi MPL buat kali kedua,” Itu ucapan ringkas Muhd Firdaus Abdul Jamil atau Rynn, ahli kumpulan Axis Esports selesai perlawanan kalah mati sebentar tadi bertembung skuad Singapura, Notorious Villains di playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Keempat.

Rynn bersama ahli pasukannya, Lacid, Loong, Evilx dan Scott berjaya menempah slot ke pusingan lower bracket seterusnya dan bakal bertembung skuad Singapura, Resurgence.

Menceritakan mengenai apa yang berlaku pada perlawanan kedua sebentar tadi, mereka membawa meta Aurora untuk digabungkan dengan Helcurt.

“Yelah, X-Borg kan api jadi kami bawa Aurora untuk hapuskan api menggunakan ais,” katanya berjenaka.

Mereka mempunyai beberapa halangan untuk ditempuh sebelum ke Grand Final dan walaupun laluannya kelihatan sukar, pastinya Axis Esports akan menunjukkan mereka mampu harumkan nama Malaysia.

Semoga berjaya!

Sementara itu, skuad Malaysia lain, Geek Fam, Shopee Bosskurr dan Xpax X-Assins sudah pun tersingkir dari kejohanan ini selepas mempamerkan prestasi hebat.

—-

Saksikan live perlawanan ini di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Liga MPL MY/SG Musim Keempat ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs yang akan berlangsung di KL LIVE bermula hari ini dan Ahad.

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Foto: Axis Esports / Facebook