MPL ID: RRQ Hoshi lebih berbisa di dalam perlawanan kali ini

By Hazrul Md Nor | September 26, 2021

Minggu ketujuh MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan BTR berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Alter Ego pada hari pertama.

Mereka menang 2-0 dan kini Alter Ego harus mempertahankan kedudukan mereka di dalam pertemuan dengan RRQ Hoshi pada hari kedua.

PERLAWANAN PERTAMA

Alter Ego sangat kuat di dalam perlawanan pertama, draft mereka lebih efektif di minit awal dan pertengahan permainan. Rotasi yang dilakukan juga sangat berkesan dan berjaya mengawal Alberttt.

RRQ Hoshi berjaya mengawal keadaan apabila mereka memaksa perlawanan di Lord pit pada minit ke-18.

Xinnn berjaya menumbangkan Celiboy untuk mengurangkan firepower pasukan Alter Ego dan RRQ terus berjaya membuat clean up untuk mendapatkan 3 lagi ahli pasukan Alter Ego. 

RRQ Hoshi kemudiannya melakukan epic comeback selepas berjaya menumbangkan kesemua ahli pasukan Alter Ego pada minit ke-27.

PERLAWANAN KEDUA

Alter Ego mengalami kesukaran untuk mendapat momentum seperti perlawanan pertama. Permainan mereka agak kucar kacir.

Manakala, corak permainan pasukan RRQ Hoshi lebih kemas dan berdisiplin di perlawanan kedua. Mereka melakukan rotasi dan berjaya mengawal peta dan turtle.

Selepas berjaya mendapatkan Lord pertama, RRQ Hoshi terus maju ke arah base pasukan Alter Ego dan menamatkan permainan.