MPL Indonesia: BTR “comeback” ke atas Geek Fam 2-1, Rippo cemerlang menggunakan Paquito

By Editorial team | March 20, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Geek Fam memulakan perlawanan yang pertama dengan mendapatkan first blood ke atas Renbo yang tersalah position di bahagian tengah lane. Pertempuran di turtle yang kedua berpihak kepada Geek Fam. Renv berjaya mengawal Branz yang menggunakan Karrie seterusnya membunuh beliau. 

Lord yang pertama diambil oleh pasukan Geek Fam tanpa sebarang gangguan, ini menyebabkan jurang gold kedua-dua pasukan semakin tinggi. Pushing bersama Lord tidak berjaya mendapatkan sebarang turret oleh kerana pertahanan BTR sangat kebal.

Babywww merusuh masuk ke dalam turret bahagian atas untuk membunuh Renbo namun beliau turut dibunuh oleh Maxxx dan juga Matt kerana telah tersalah arah menggunakan skill pertama Yi sun-shin.

Pada minit akhir permainan, Renbo telah menggunakan ultimate Luo Yi untuk menyerang hendap pasukan Geek Fam. Namun begitu ianya tidak berjaya apabila Frzz yang menggunakan Kagura berjaya juke keempat-empat ahli pasukan BTR dan seterusnya menyebabkan pasukan BTR kehilangan 3 orang ahli.

Akhirnya, Lord diambil mudah oleh pasukan Geek Fam dan berjaya menembusi pertahanan BTR dan menamatkan perlawanan yang pertama. 

PERLAWANAN KEDUA

Geek Fam telah menguasai permainan pada minit awal, mereka telah menyekat buff merah yang perlu diambil oleh Branz. Ia menyebabkan Branz ketinggalan 2 level dari Babywww, menyedari keadaan itu, Branz mengambil keputusan untuk tidak menyertai teamfight dan terus fokus untuk farming.

Pada minit ke-12, pasukan BTR berjaya mengikut rentak yang dikuasai Geek Fam. Mereka terus merapatkan jurang gold untuk bertahan dari asakan Geek Fam. Meskipun telah kehilangan Kky dan juga Branz di pertempuran Lord yang pertama, namun begitu Lord berjaya dirampas oleh Renbo yang menggunakan Kadita.

Pushing bersama Lord tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan BTR, tidak ada satu turret pun di dalam base Geek Fam yang hancur. Mereka bermain pasif dan tidak berani mengambil risiko untuk cuba memecahkan turret.

Pasukan BTR berjaya menumbangkan Adam dan Frzz yang terlalu ke depan di dalam pertempuran, menyebabkan BTR mudah mendapat Lord yang terakhir untuk menamatkan permainan. Geek Fam tidak mengalah untuk mempertahankan base mereka akan tetapi Enhanced Lord terlalu kuat untuk mereka hadapi seterusnya mereka harus mengangkat bendera putih untuk perlawanan kedua.

PERLAWANAN KETIGA

Branz yang menggunakan Cloud di perlawanan ketiga berjaya mengubah permainan tersebut menjadi kelebihan buat pasukan BTR. Lord pertama diambil pada minit ke-11, meskipun tidak dapat memecahkan turret di bahagian dalam, mereka berjaya meningkatkan jurang gold sebanyak 7 ribu. 

Pada minit ke-15, pasukan BTR berjaya membunuh Adam dan Frzz seterusnya mendapatkan turret di dalam bahagian tengah lane. Renv yang menggunakan Benedetta cuba untuk mempertahankan serangan pasukan BTR namun tidak berjaya terbunuh.

Kesempatan itu diambil oleh Branz untuk membunuh Lord tanpa sebarang gangguan. Ternyata enhanced Lord terlalu kuat untuk pasukan Geek Fam bertahan. Pemain dari Malaysia Rippo yang menggunakan Paquito menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam perlawanan ini.