MPL Indonesia: Sang Raja digigit Aerowolf, tewas 1-2

By Editorial team | March 14, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Aerowolf memulakan aksi perlawanan pertama yang menyerlah. Pada awal permainan, mereka telah mengawal peta dengan rotasi yang dilakukan oleh Clay dan juga Fredoqt. 

Vynn yang menggunakan Luo-yi cuba untuk melakukan diversion bagi membolehkan mereka peluang untuk mendapatkan Lord yang pertama ternyata tidak berhasil. Psychoo dan Vynnn terbunuh lalu memberikan peluang kepada Aerowolf untuk mendapatkan Lord.

Namun begitu, hasil diversion kali keduanya berjaya menyekat kemaraan Aerowolf di lane tengah. Alberttt dan juga Skylar menggunakan peluang tersebut untuk follow up attack dan berjaya menumbangkan 4 orang ahli Aerowolf.

Seterusnya Alberttt sekali lagi memberikan kejutan untuk sang serigala apabila Crossbow of Tang dilancarkan membunuh 3 ahli pasukan tersebut. Kemaraan Lord yang kedua berjaya disekat oleh sang raja.

Pada minit akhir permainan, Vynnn dan Psychoo kecundang apabila mereka tersilap langkah untuk flank pasukan Aerowolf yang sudah bersedia menanti mereka. Meteor shower Chang’e yang dilepaskan oleh Watt ternyata tiada tandingannya menyebabkan mereka berdua terkorban.

Aerowolf kemudiannya merusuh masuk ke arah base sang raja untuk memenangi perlawanan berdurasi 30 minit itu yang tentunya memuaskan hati para pemenang.

PERLAWANAN KETIGA

RRQ cuba untuk menaruh harapan dengan pemilihan Chang’e untuk permainan terakhir ini. Pada awal permainan, kedua-dua pasukan dilihat sama-rata di dalam kadar farming. Namun begitu, rotasi yang dilakukan oleh Rinazmi berjaya memberikan kelebihan kepada Aerowolf.

Flank yang dilakukan oleh Rinazmi dan juga Watt yang bermain sebagai Alice berjaya memberikan asakan kepada sang raja. Sang raja yang tiap kali membuat kesilapan telah memberikan peluang untuk Aerowolf mendapatkan Lord yang pertama.

Pushing bersama Lord menguatkan pasukan Aerowolf untuk terus merusuh masuk ke arah base sang raja. RRQ kemudiannya kehilangan ahli satu demi satu dan kemenangan milik Aerowolf 2-1.