MPL: Ini Adalah Ranking Terkini Dan Jadual Musim Liga

By Hazril Md Nor | April 8, 2020

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima akan menyambung musim liganya bermula 10 April ini. Untuk recap kembali kedudukan ranking 10 pasukan yang menyertai, jom perhatikan visual di bawah:

Seperti yang anda saksikan, Geek Fam di tangga pertama dengan 9 perbezaan perlawanan. Ini bermaksud mereka memenangi 10 perlawanan dan hanya satu tewas. Bagi bilangan set pula, mereka menang kesemua set.

Di tempat kedua pula adalah EVOS SG dengan 5 perbezaan perlawanan dan hanya tewas satu set.

Resurgence pula di tempat ketiga hanya bermain 3 set setakat ini jadi mereka tinggal baki 6 set (kesemua pasukan akan bermain keseluruhan 9 set ketika musim liga). Kebanyakan pasukan lain sudah bermain lebih dari empat set.

Ini adalah jadual terkini minggu keempat dan minggu terakhir musim liga.

Jadual perlawanan pada minggu keempat.
Jadual perlawanan minggu kelima.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam musim liga selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.