MPL MY: Fanny beraksi buat pertama kalinya

By Hazrul Md Nor | February 20, 2022

Permainan kedua pada hari ketiga MPL MY menyaksikan pasukan RED Esports akan bertarung dengan Geek Fam.

Kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik sekali, mereka menyamakan kedudukan 1-1 dan akan bertarung di perlawanan ketiga untuk menentukan pemenang.

Di perlawanan ketiga, pasukan RED Esports membawa masuk Fanny buat pertama kalinya di MPL MY S9. 

Zaed menggunakan Fanny dengan begitu baik sekali, rotasi yang dilakukan olehnya membantu pasukan RED memenangi pertarungan.

Namun begitu, Geek Fam tidak membiarkan pasukan RED terus mendominasi.

Mereka bertahan dan berdisiplin untuk memberikan serangan balas. RED Esports mengawal permainan pada minit ke-12.

Geek Fam terpaksa bermain di posisi pertahanan dan harus berhati-hati dengan langkah seterusnya.

Luminous Lord yang diambil pada minit ke-13 menyebabkan Geek Fam berundur dan melakukan pertahanan.

RED Esports masih tidak dapat untuk menamatkan permainan apabila pasukan Geek Fam berjaya menumbangkan 3 ahli mereka ketika itu.

Namun selepas perlawanan demi perlawanan memihak kepada RED Esports, mereka akhirnya mendapatkan kemenangan pada minit ke-27.