MPL MY S9 akan diadakan di EBN Esports City, Quill City Mall, Kuala Lumpur

By Hazrul Md Nor | February 16, 2022

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY akan bermula pada Jumaat ini!

Tandakan 18 haribulan Februari di kalendar anda untuk menyaksikan pertandingan yang berprestij dari Moonton. Hasil kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Intergrated (ESI), pertandingan ini akan diadakan di EBN Esports City, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

10 pasukan akan bertanding di antara satu sama lain untuk merebut gelaran juara di tanah air serta membawa pulang wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$100 ribu (RM418 ribu). Liga Profesional ini akan mematuhi segala arahan dan protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bagi menjaga kesihatan para peserta, pemain dan penganjur.

Untuk musim kali ini, MPL MY akan bekerjasama dengan McDelivery, Samsung dan Nesface bagi melancarkan aktiviti promosi seperti berikut:

MC DELIVERY

Belanjakan RM50 menggunakan McDelivery dan berpeluang untuk memenangi skin eksklusif MLBB. Peminat juga boleh memenangi Diamond di dalam acara giveaway. Nantikan pengumuman di Instagram McDonalds untuk maklumat lebih lanjut. Layari IG mereka

SAMSUNG

Peminat MPL Malaysia akan berpeluang untuk memenangi telefon pintar dari Samsung di dalam acara prediksi mingguan. Rajin-rajin lah tengok IG MPL MY.

NESCAFE

Nescafe akan melancarkan produk special edition MPL MY di dalam setiap perlawanan yang akan berlangsung nanti. Peminat boleh mendapatkan koleksi bermula bulan Mei ini. Nantikan pengumuman rasmi di Instagram MPL MY.

MPL MY juga berkolaberasi bersama Tiktok untuk melancarkan lagu tema “Kita Rockstar” yang akan dibintangi oleh Yazmin Aziz dan juga Kunfu Heidi. Lagu ini bertujuan untuk menyampaikan elemen MPL Malaysia yang unik. Musik video akan dikeluarkan pada 24 Februari ini. Nantikan kemunculannya.