MPL MY/SG Musim Kelima Akan Bersambung Pada 9 April Ini

By Hazril Md Nor | April 1, 2020

Selepas hampir dua minggu ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa, akhirnya musim Liga Profesional Mobile Legends Malaysia & Singapura (MPL MY/SG) musim kelima akan kembali berlangsung bermula 9 April ini.

Peminat boleh menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap pada 10 April hingga 12 April dan 16 April hingga 19 April untuk baki perlawanan selama dua minggu. Perlawanan akan bermula pada jam 2 petang.

Seperti biasa, livestream boleh ditonton di laman Facebook rasmi  www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia.

Berbeza dengan sebelum ini, keseluruhan perlawanan diadakan secara dalam talian dengan bantuan marshals (pengadil). Ini juga membolehkan pasukan dan pemain bertanding dari mana-mana sahaja dengan objektif untuk menjadikan liga ini tetap kompetitif.

Setakat ini, Geek Fam di tangga teratas dengan 9 mata perbezaan perlawanan diikuti dengan EVOS SG (5 mata). 

Di tangga tercorot adalah skuad Singapura,Notorious Villains dan Siren Clan masing-masing dengan -5 mata dan -6 mata.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.