MPL: Reborn luah rasa kecewa tidak menerima jemputan terus

By Hazril Md Nor | July 18, 2020

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Reborn atau sebelum ini dikenali sebagai Orange Esports Reborn meluahkan rasa kecewa kerana tidak menerima jemputan terus ke Liga Profesional permainan mudah alih tersebut (MPL MY/SG) bagi Musim Keenam.

Mereka diwakili oleh Mal, Eren, Silo, Mom, Grengo dan Cakbu.

Dalam satu posting dimuat naik di Facebook, mereka rasa terkilan malah mempersoalkan keputusan penganjur dengan peraturan baru.

“Untuk jemputan terus MPL MY/SG musim keenam, Moonton telah menambah peraturan baru iaitu jemputan melalui organisasi dan tidak lagi kepada pasukan. 

“Organisasi pula boleh menghantar dan menukar kesemua pemain baru,” tulis kenyataan itu.

Reborn juga mengatakan Orange hanya penaja kepada Reborn dan tidak memiliki pasukan tersebut. Seterusnya, mereka mengatakan ada satu syarat yang tidak adil pada kontrak, menyebabkan mereka buat keputusan untuk tidak menandatangani langsung kontrak diberikan.

Sambungan penuh boleh dibaca di SINI.

Sementara itu, Orange Esports ketika dihubungi berkata, mereka akan menunggu keputusan bersama Moonton bagi mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Foto: Orange Esports