MPL: Recap Minggu Pertama, Geek Fam Cemerlang Dan Keputusan Pasukan Lain

By Hazril Md Nor | March 3, 2020

Minggu pertama musim liga bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima sudah pun bermula pada 29 dan 1 Mac yang lalu.

10 pasukan terbaik Mobile Legends di kedua negara ini berentap mempamerkan persembahan mantap mereka. Saksikan recap pertarungan mereka di bawah:

 

Kemunculan pertama yang kurang menyengat

Keputusan perlawanan hari pertama, minggu pertama.

Siren Clan 0-2 Resurgence

Pasukan Singapura yang layak menerusi pusingan kelayakan ini nampaknya bergelut untuk mencari rentak pada minggu pertama. Mungkin kerana terdiri daripada pemain muda dan kurang berpengalaman, mereka terasa gugup ketika melawan Resurgence.

Dalam kedua-dua perlawanan, Resurgence tidak mempunyai menara pertahanan yang tumbang pada game pertama dan tiada kematian dalam game kedua!

Siren Clan 0-2 Axis Esports

Mereka terus bergelut pada hari kedua, cubaan untuk menewaskan pasukan Axis (biarpun sengit pada perlawanan pertama) namun mereka tetap tidak berjaya untuk menang walaupun satu perlawanan.

Orange Esports Reborn 2-1 Axis Esports

Bekas pemain Saiyan Reborn ini kembali di bawah jenama baru, diketuai oleh veteran Silo yang pernah menjuarai MPL MY/SG Musim Kedua. Mereka berjaya skor perlawanan pertama menentang pasukan lama Silo, Axis. 

Orange tewas perlawanan kedua apabila Axis kembali bangkit tapi pada perlawanan ketiga, Orange mempamerkan prestasi baik sekali gus memberi kejutan kepada Axis yang selalu tewas dalam teamfight.

Team SMG 2-1 Orange Esports Reborn

Walaupun Orange menyinar pada perlawanan hari pertama, mereka berdepan kesukaran berentap dengan bekas pemain Xpax X-Assins, Team SMG. Orange hanya berjaya menang satu game tapi SMG mempunyai rentak perlawanan cukup baik dengan Smooth yang bermain sebagai marksman.

 

Keputusan yang tidak dijangka

Keputusan perlawanan hari kedua, minggu pertama.

EVOS SG 2-0 Todak

Todak membuat keputusan untuk menarik diri dari Bosskurr Cup berikutan ingin fokus pada MPL kali ini.

Namun, mereka berdepan kejutan apabila tewas 0-2 dengan musuh El Clasico, EVOS SG. Walaupun berjaya mendapat tempat ketiga di pentas dunia M1, mereka seolah gagal mencari rentak apabila kehilangan jurulatih berkaliber, Hangus yang kini bersama Bosskurr.

Todak juga masih menggunakan strategi MPL musim lalu dan gagal untuk hadir dengan meta baru.

Pada perlawanan pertama, mereka tewas hanya dalam masa lapan minit.

Todak 1-2 Notorious Villains

Seolah pasukan Malaysia ini memang mengalami kesukaran berdepan Singapura. Dalam perlawanan ke atas Notorious Villains (NV), mereka tewas perlawanan kedua. Ciku kemudian comeback dengan Cecilion pada perlawanan kedua, memberikan damage berterusan kepada lineup EVOS.

Tapi perlawanan ketiga berlaku banyak kesilapan dan membuatkan skor akhir menjadi 1-2. Tapi ini hanya minggu pertama, mereka berbaki lima minggu lagi untuk menyinar.

Geek Fam 2-1 Team Bosskurr

Meskipun kehilangan pemain tank dan kapten mereka, 2ez4jepv, itu tidak melemahkan semangat juara musim ketiga, Geek Fam sebaliknya memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi MPL. Mereka berjaya menewaskan Bosskurr 2-1.

Sejak menggantikan Rumpel dengan Ozoraveki, mereka terus bertukar rentak dan menunjukkan gaya permainan lebih agresif. Tapi secara keseluruhannya, Bosskurr menunjukkan gameplay lebih matang dengan lineup baru dan penyertaan Leixia mengubah landskap permainan dengan ketara.

EVOS SG 0-2 Geek Fam

Digelar sebagai Singapore slayer, mereka berhasil untuk mengalahkan juara musim keempat, EVOS SG. Walaupun mempunyai pemain berbakat, Pokemon, EVOS tidak berjaya membaca rentak permainan Geek Fam yang agresif.

Geek Fam juga bergantung kepada Feekz dengan hero marksman dan assassin malah memberikan Dominus hero kegemarannya, iaitu Gusion. Xorn yang bijak mengawal peta juga berjaya menyumbangkan kemenangan kepada Geek.

Nantikan minggu kedua Musim Liga MPL-MY/SG yang berlangsung pada 7 dan 8 Mac.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.