MPL: Resurgence Ganti Bigetron SG, Reborn Pula Ditukarkan Axis Bosskurr

By Hazril Md Nor | July 13, 2019

Sebelum ini kami melaporkan dua pasukan yang masih belum ditentukan status direct invite mereka ke Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) MY/SG musim keempat iaitu Bigetron SG (Singapura) dan Reborn (Malaysia).

Ini kerana bagi kes Bigetron, mereka baru dibubarkan selepas tamat MPL MY/SG S3 dan Reborn pula empat pemainnya sudah berpindah ke Axis Bosskurr. Oleh itu, warga net mempersoalkan jika status direct invite mereka adalah sah.

Hari ini, Moonton mengumumkan yang Resurgence akan menggantikan Bigetron SG dan Axis Esports (Axis Bosskurr) pula akan menggantikan Reborn. 

Resurgence terdiri daripada bekas pemain Flash Tyrants dan juga Bigetron SG. Line up baru mereka ialah:

Sementara itu, Axis Esports pula terdiri daripada 60% pemain dari Reborn jadi mereka sekali gus mendapat jemputan terus itu. Dua pasukan ini akan menyertai empat lagi pasukan iaitu:

Mereka adalah: EVOS Esports SG, Geek Fam (juara MPL S3), XPAX X-Assins dan Shopee Bosskurr.

Liga selama enam minggu ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

Pendaftaran sudah pun dibuka dari 5 Julai hingga 14 Julai ini dan boleh daftar di sini https://forms.gle/pZPN3yEF3ZbsEX4C6

Bagi pusingan kelayakan Malaysia pula, ia akan bermula pada 19 Julai hingga 21 Julai dan Singapura pula pada 27 hingga 28 Julai

Bagi korang yang taknak terlepas tengok pusingan kelayakan, ia akan bersiaran langsung di Facebook MLBB pada 21 Julai (Malaysia) dan 28 Julai (Singapura).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.