MPL: Todak Cemerlang, Mara Ke Grand Final

By Hazril Md Nor | October 20, 2019

Selepas pertembungan yang sengit di semi final sebentar tadi, wakil Malaysia, Todak berjaya menundukkan skuad Singapura, EVOS Esports SG di playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Keempat yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur hari ini.

Mereka berjaya memperoleh dua kali kemenangan dalam format best of 3 sekali gus menolak jatuh skuad Kota Singa itu ke lower bracket.

Todak dianggotai oleh Ciku, Eone, Lyche, Moon, Nenas dan Xray.

Berita lanjut menyusul..