MPL: Todak Dan Axis Esports Adalah Wakil Negara Ke Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1

By Hazril Md Nor | October 20, 2019

Dua wakil negara, Todak dan Axis adalah harapan Malaysia ke kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang yang juga dikenali sebagai M1. Ia akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 November ini!

Mereka layak ke pentas dunia itu yang mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dari 14 negara. Kejohanan ini mengumpulkan wang tunai keseluruhan AS$250,000 (RM1.04 juta).

Todak menerima slot itu selepas layak ke Grand Final MPL MY/SG Musim Keempat manakala Axis pula di tempat keempat.

Difahamkan, bagi peserta Liga Profesional Mobile Legends (MPL), Malaysia mempunyai dua slot untuk kejohanan itu dan Singapura pula hanya diberikan satu slot manakala Indonesia dan Filipina pula dua slot diikuti Myanmar dengan satu slot.

Bagi pasukan dari rantau Eropah, Amerika dan bahagian lain Asia Tenggara seperti Vietnam dan Laos, mereka perlu melalui pusingan kelayakan dan kita sudah pun menemukan pasukan-pasukan tersebut. Anda boleh lihat senarai penuh pasukan yang layak di LINK ini.

Untuk info lanjut bagi M1, anda boleh layari http://m1.mobilelegends.com/MLBB/ untuk membeli tiket bagi kejohanan tersebut.

Foto: eGG Network / Facebook