MSC: Geek Fam Akan Mula Berentap Pada Jam 10 Pagi Esok

By Hazril Md Nor | June 18, 2019

Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2019 akan memulakan peringkat kumpulannya, esok dan wakil sulung Malaysia, Geek Fam sudah bersedia untuk menghadapi lawan mereka bagi merebut jumlah hadiah wang tunai terkumpul ₱6.26M (RM500,000)!

Bermula jam 10 pagi esok, Geek Fam akan bertembung dengan Bren Esports (Filipina) untuk perlawanan pertama dan IDNS Thailand pada perlawanan ketiga (1 petang). Pastikan korang support wakil Malaysia ini dengan menonton livestream yang akan dibuat di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Peringkat kumpulan ini dimulakan pada 19 dan 20 Jun di mana ia akan menentukan siapa akan ke upper bracket pada playoffs

Playoffs pula akan bermula pada 21 hingga 23 Jun 2019 di SMART Araneta Coliseum.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image: FB Geek Fam Mobile Legends