Mula-mula nak ‘soft launch’ Apex Legends Mobile pada 28 Februari tapi tarikh dah kena buang..

By Mike Hayate | February 24, 2022

Nampaknya Apex Legends Mobile akan dilancarkan tak lama lagi.

Ramai pemain dan peminat Apex Legends kini menunggu Apex Legends Mobile untuk dikeluarkan.

Sejak beta tertutup tahun lepas, Apex Legends Mobile kini dalam fasa baru dengan 10 negara baru.

Respawn juga ada membuat beberapa persoalan yang sering ditanya dan mereka menjawabnya di laman sesawang EA.

Bila dan manakah pelancaran ini akan tiba?

Apex Legends Mobile akan boleh dimuat turun di Android dan iOS di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Philippines, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina, dan Colombia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada mulanya terdapat tarikh pelancaran ini iaitu 28 Februari-1 Mac namun nampakya Respawn membuang kenyataan ini dari laman rasmi itu.

Apa Legends/kandungan yang akan dimasukkan ke Apex Legends Mobile?

Kami sangat berbangga untuk menunjukkan sistem dan ciri-ciri baru untuk semua pemain.

Pemain boleh bermain sebagai Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder, dan Caustic.

Banyak lagi akan datang.

Bila permainan ini akan dilancarkan sepenuhnya?

Setakat ini kami hanya akan berkongsi selepas beberapa keputusan didapati dari kawasan yang mendapat pelancaran ini.

Jika anda adalah dari salah satu negara itu, pra-pendaftaran kini sudah dibuka.

Adakah Apex Legends Mobile mempunyai fungsi rentas pelantar ke konsol?

Tidak. Apex Legends Mobile dibuat khas untuk telefon dan tidak akan membawa rentas pelantar ke PC atau konsol.

Apa stor digital yang ada untuk Apex Legends Mobile?

Google Play Store dan Apple App Store dan Apex Legends juga tidak akan membenarkan laman web pihak ketiga atau muat turun APK.

Telefon apa yang optimum untuk Apex Legends Mobile?

Apex Legends Mobile masih dalam pembinaan dan akan dicuba untuk optimum di beberapa peranti.

Apa yang tidak disokong ialah iOS dengan RAM 2GB ke bawah dan Android dengan RAM 3GB ke bawah.

Bagi peranti Android akan disokong RAM 2GB tetapi untuk beberapa jenama ini sahaja:

  • Vivo
  • Oppo
  • Huawei
  • Motorola
  • Samsung
  • Lenovo
  • Xiaomi

Spesifikasi Minimum

Android:

  • Android 8.1
  • Open GL 3.0 atau lebih tinggi
  • 3 GB ruang kosong
  • Sekurang-kurangnya 3 GB RAM
  • Saiz Skrin: N/L/XL

 iOS:

  • iPhone 6S atau ke atas
  • OS version: 10.0 ke atas
  • CPU: A9
  • 3 GB ruang disk
  • Sekurang-kurangnya 2GB RAM

Setakat ini sahaja informasi yang diberikan oleh Respawn jangan lupa membuat pra-pendaftaran untuk peminat Apex Legends di Malaysia di Google Play Store dan Apple App Store.