“Nak ‘counter’ Atlas tanpa Diggie, kena ban Atlas,” – Pabz (Orange Esports)

By Hazril Md Nor | June 13, 2022

Jurulatih Orange Esports, Pabz mengatakan antara kunci kemenangan pasukan mereka semalam di peringkat kumpulan MSC 2022 adalah pemilihan Atlas.

“Secara strateginya, memang ‘counter’ hakiki Atlas adalah Diggie. Nak ‘counter’ tanpa Diggie, jawapannya kena ‘ban’ Atlas,” katanya ketika ditemubual media di MITEC, Kuala Lumpur, semalam.

“Pemain EVOS sangat berpengalaman, mereka mempunyai gaya permainan tersendiri. Kami dah kaji dan buat ‘draft’ terbaik. Mereka jenis yang berdisiplin.

“Jadi kami ikut tempo dan ‘counter’ dengan hero yang kami pakai,” tambahnya.

Malah katanya, dia berasa bangga dapat menewaskan EVOS kerana berjaya ‘membalas dendam’ di Sukan SEA 2021 yang mana skuad Malaysia sekali lagi tewas dengan Singapura.

Pabz juga secara peribadinya ingin Orange Esports bertemu RSG Filipina kerana pengalaman, corak permainan dan strategi ditunjukkan.

Selain itu, katanya, Orange Esports mempunyai strategi tersendiri jadi peminat harus menantikan di playoffs.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Esok, Orange Esports akan bertemu RSG SG yang mana perlawanan ini akan menentukan mereka layak ke peringkat seterusnya ataupun turun ke lower bracket.

MSC 2022 berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur hingga Ahad ini.

Orange Esports diwakili oleh:

  • Aimin Zairie Bin Anuar – Minnn
  • Aiman Zairie Bin Anuar – Mannn
  • Mohamad Nilzaihan Bin Mohamad Neilham – Lolla
  • Valenz Luk Jun Yip – Valenz
  • Mohammad Harith bin Ahmad Misrah – Born.
  • Muhammad Syafizan Najmi Bin Kamarulzaman – Garyy