National Esports Blueprint Di Fasa Akhir – Steven Sim

By Hazril Md Nor | May 3, 2019

Tidak lama dulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq ada berucap mengenai blueprint (rangka pelan tindakan) bagi pembangunan e-sukan di Malaysia. Semalam, timbalan kementeriannya, YB Steven Sim berkata blueprint itu sudah berada di fasa akhir dan akan diumumkan tak lama lagi.

Memetik laporan WTM Todayblueprint ini mengambil masa untuk disiapkan kerana ia adalah inisiatif baru.

“KBS perlu mengambil langkah berhati-hati. Kelewatan ini adalah kerana kita ingin melihat dokumen ini betul-betul memacu industri esports di Malaysia selain membentuk satu model esports yang lebih sihat.

“Kita pun tahu, bukan semua menyokong esports. Ada juga pihak yang menyuarakan kebimbangan terhadap industri esports ini, jadi kita inginkan National Esports Blueprint ini akan betul-betul memenuhi segala keperluan dalam industri esports negara.

“Saya percaya ia sudah berada di fasa akhir penyediaan dan menteri akan umumkannya tak lama lagi,” kata Steven Sim kepada wartawan selepas merasmikan Kejohanan Simulasi Perlumbaan Grand Prix Asia Tenggara di Sunway Velocity, semalam.

Kandungan di dalam National Esports Blueprint ini menumpukan kepada lima keutamaan strategik antaranya:

  • Pemerkasaan atlit-atlit e-sukan
  • Sokongan bagi pertumbuhan e-sukan
  • Akses kepada fasiliti e-sukan yang lebih baik bagi menarik pelabur luar negara
  • Meningkatkan kesedaran umum dan mempromosikan gaya hidup bermain game dengan lebih sihat
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan

Gambar featured image: Berita Harian