Naughty Dog Terbuka Dengan Idea Game Baru – Bukan Konsep Third-Person

By Hazril Md Nor | February 22, 2018

Juga turut dikongsikan di DICE 2018 ialah perancangan studio Naughty Dog yang sangat terbuka untuk membangunkan game terbaru dengan konsep bukan third-person.

Pengarah Kreatif, Neil Druckmann berucap di acara itu dan memberitahu permainan video kegemarannya adalah dalam konsep third-person kerana dia dapat mengenal karakter dengan lebih jelas. Tapi Neil juga tak menolak kemungkinan naratif sesebuah permainan video boleh direalisasikan dalam konsep first-person dan ia sudah terbukti berjaya (Resident Evil 7?).

Apabila projek The Last of Us dimulakan dulu, mereka brainstorming untuk menentukan sama ada ia akan jadi first-person atau third-person dan juga multiplayer atau single-player. Hasilnya, mereka datang dengan idea third-person tapi dengan sudut kamera lebih dekat bagi membolehkan pemain rasa dekat dengan karakter itu.

 

Mereka juga ada mengacah bagaimana Half-Life 3 boleh dijadikan permainan video pertama keluaran Naughty Dog. Pendedahan ini bukanlah bermakna Naughty Dog mengesahkan game first-person sebagai sasaran mereka seterusnya tapi terbuka dengan idea itu.

 

The Last of Us Part II akan dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation 4 tapi masih belum mendapat tarikh keluaran rasmi lagi.

Sumber: Dualshockers