NetEase Lancarkan Battle Royale Baru Dengan Elemen MOBA – Eclipse Isle

By Hazril Md Nor | August 1, 2019

Bosan dengan gameplay Battle Royale yang menggunakan elemen perang dan senjata api? Inilah masanya korang cuba kelainan pula!

Eclipse Isle adalah Battle Royale baru dibangunkan oleh NetEase yang juga pencipta Rules of Survival. Permainan ini agak unik kerana menggunakan elemen MOBA, hack & slash malah unsur fantasi dan anime sebagai tarikannya.

Sebelum ini, ia dibuka untuk pra-pendaftaran selama dua bulan di serata Asia Tenggara.

Yang uniknya dengan Eclipse Isle ini adalah kebolehan pemain memilih karakter berbeza setiap perlawanan dengan set kuasa tersendiri. Ada yang memakai pedang, busur, kuasa magis malah ada yang seperti assassin boleh bertukar tempat dalam sekelip mata.

Seperti permainan RPG dan MOBA yang lain, ia mempunyai ciri menarik seperti leveling yang mana korang perlu grind, kumpul kelengkapan dan farming (membunuh makhluk) untuk kuatkan karakter masing-masing.

Nak download, boleh terus klik pautan di bawah:

Android: LINK

iOS: LINK

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.