NetEase Membawakan Dead By Daylight Mobile, Boleh Dimainkan Empat Orang

By Hazril Md Nor | February 28, 2020

Artikel ini diterjemahkan dari IGN SEA.

NetEase Games yang menghasilkan Knives Out, Rules of Survival dan Marvel Super War akan membawakan satu lagi permainan mudah alih berkonsepkan multi-pemain iaitu Dead by Daylight Mobile.

 

Seperti yang kita tahu permainan asalnya di PS4, Xbox One, Steam dan Nintendo Switch memaparkan gaya permainan 4 lawan 1 bergenre seram yang mana seorang pembunuh kejam akan memburu empat sekawan menerusi kembara menyeramkan. Dalam perlawanan antara pemburu dan mangsa, pemain boleh bermain sebagai pembunuh ikonik ataupun menyelamatkan diri dari kemelut tersebut.

Dead by Daylight Mobile juga menggunakan gameplay dan mod yang sama, dengan kawalan dan pengalaman baru dioptimumkan untuk peranti pintar.

Bagaimanapun, permainan mudah alih ini akan dikeluarkan secara berperingkat di Jepun, Korea Selatan, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmarr, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam.

NetEase akan mendedahkan tarikh pelancaran rasmi tak lama lagi.

Di laman web rasmi, anda boleh pra-daftar untuk menerima ganjaran apabila permainan ini dilancarkan sepenuhnya nanti.

Sumber: IGN SEA