Adakah anda pemain Wordle terhebat?
Apabila pertama kami mendengar apa itu Wordle ramai tidak sangka Wordle bakal menjadi permainan teka perkataan yang sangat popular.
Wordle adalah permainan mudah teka perkataan dengan hanya lima huruf sahaja.
Permainan ini adalah percuma dan hanya sekali sahaja sehari anda boleh membuat Wordle anda. Anda kemudia akan mendapat satu skor yang menunjukkan kotak-kotak hijau, kuning dan hitam.
Hijau bermakna huruf itu berada di kedudukan yang betul. Kuning bermakna huruf itu betul tetapi berada di kedudukan yang salah. Hitam bermakna salah.
Wordle 222 X/6
⬛⬛🟨⬛⬛
⬛🟩🟩⬛⬛
🟩🟩🟩⬛⬛
🟩🟩🟩🟨⬛
🟩🟩🟩⬛🟨
🟩🟩🟩⬛🟩
Boleh dikatakan hampir setiap hari penulis akan cuba untuk meneka perkataan harian.
Jika betul anda akan mendapat skor yang banyak. Apa yang menarik permainan mudah ini seolah-olah menjadi report card sekolah.
Malah terdapat juga Wordle yang dapat bahasa lain seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, German, Urdu, Jepun dan lain-lain.
Adakah anda pernah terlepas sehari? Atau pemain Wordle yang tidak pernah terlepas?
Jangan lupa cuba permainan mudah ini di mana-mana hanya dengan melayari laman powerlanguage.co.uk/wordle/.