Battle royale keluaran Ubisoft, Hyper Scape, akan ditutup

Ubisoft mengumumkan bahawa ia akan menutup permainan battle royale Hyper Scape, kurang daripada dua tahun selepas ia dilancarkan.
Dibangunkan oleh Ubisoft Montréal, Hyper Scape ialah FPS battle royale 100 pemain percuma untuk dimainkan dalam persekitaran bandar futuristik yang dipanggil Neo-Arcadia.
Permainan ini dilancarkan dalam bentuk beta terbuka pada Julai 2020. Walau bagaimanapun, hanya setahun selepas dikeluarkan Ubisoft telah berhenti mengeluarkan kemas kini utama untuk permainan itu.
Musim terakhirnya dilancarkan pada Mac 2021. Dengan strim langsung E3 Ubisoft pada bulan Jun, Hyper Scape tidak disebut sama sekali.
Hyper Scape juga salah satu permainan yang mempunyai watkak dari Malaysia iaitu Noor Casulin. Nama sebenar watak itu adalah Noor Azimah Binti Yusof, dan watak itu terkenal di majalah VR Remaja 2054 dalam permainan itu.