Dua pemain luar negara boleh didaftarkan dalam MCPS Majors S4
Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris
Kejohanan Majors MCPS musim keempat akan menampilkan suatu kelainan dalam barisan roster. Dua pemain dari luar negara akan dibenarkan untuk menyertai mana-mana pasukan di dalam region MCPS (Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka).
Hal ini adalah satu pembaharuan yang ingin diwujudkan dalam arena e-sukan Free Fire.
Di samping itu, situasi ini dapat memberikan peluang untuk pemain dari negara-negara jiran mengembangkan potensi mereka dalam liga yang berbeza.
Sehubungan itu, Pengurus projek e-sukan MCPS, Chua Jun Liang, memberi lampu hijau terhadap idea itu yang dilihat dapat merancakkan lagi komuniti Free Fire di MCPS.
Pendaftaran pemain hanya boleh dibuat sebelum kelayakan Final ke peringkat liga MCPS Majors S4.
Liga Kejohanan MCPS Majors S4 akan berlangsung pada 3 September hingga 9 Oktober secara dalam talian.
Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM310,000 (AS$70,000) dan 18 pasukan yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan.