Ibu Hate “diserang” oleh seorang pengguna Facebook, tindakan tegas diambil
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-10 membawa kejutan kepada komuniti MLBB Malaysia.
Musim ini menyaksikan pemain import dari Filipina iaitu Jaylord Gonzales (Hate) yang berhijrah ke Malaysia untuk bermain bersama Team SMG.
Ramai di antara komuniti MLBB tanah air menyambut kemasukan Hate dengan hati yang terbuka.
Tidak kurang juga yang memberikan sokongan dan berharap Hate berasa selesa di Malaysia bersama Team SMG.
Namun begitu, tular baru-baru ini ada individu yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ibu Hate, Maryam yang juga seorang muslim.
Melalui satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Maryam menghubunginya melalui aplikasi Messenger dan menyatakan pengguna Facebook bernama Kingpin Luca melemparkan kata-kata kesat tentang anaknya kepada dia.
Ini menyebabkan komuniti MLBB tanah air dipandang buruk oleh negara jiran Filipina. Mereka juga tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dan memohon agar isu ini diselesaikan dengan secepat mungkin.
Arif Shahir selaku pengurus komuniti memberi kenyataan dia akan bertindak tegas dan mengharamkan pengguna Facebook itu dari memasuki sebarang group Mobile Legends Malaysia.
Diharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi, kita tidak boleh bertindak ikut emosi dan harus memikirkan akibat perbuatan kita kepada komuniti MLBB itu sendiri.