Isu provokasi: Team OP mohon maaf, tiga pemain ditamatkan kontrak serta merta

By Hazril Md Nor | March 30, 2022

Susulan isu provokasi antara pemain dari pasukan MPL Singapura, Team OP dengan pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus), akhirnya organisasi itu memuat naik permohonan maaf di laman sosial mereka.

Selain itu, tiga pemain, Ryeb, PA dan DarA dikenakan hukuman tamat kontrak serta merta. Pemain lain iaitu Bush akan dikenakan denda berjumlah besar yang akan didermakan kepada badan kebajikan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by OP (@teamop.xyz)

Selain itu, tiga pemain mereka yang terbabit juga sudah memuat naik permohonan maaf secara terbuka di satu posting berlainan, mengatakan mereka tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.

Team OP juga meminta maaf kepada organisasi Geek Fam dan komuniti MLBB keseluruhannya di atas insiden ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan mengeluarkan komen berbaur perkauman dan agama terhadap pemain Geek Fam, Dominus dalam satu perlawanan Ranked.

Tindakan itu seterusnya dirakamkan dan rata-rata netizen Malaysia mendesak organisasi itu membuang pemain yang terbabit dan mengenakan denda kerana menghina agama Islam.

Streamer mereka, NashGaming turut terpalit dan diserang netizen. Bagaimanapun, dia mengatakan dirinya tidak terbabit dalam insiden itu dan mengharapkan komuniti tidak menjadi toksik.