League of Legends bakal henti keluarkan champions baru di masa hadapan?
Rupa-rupanya ada had dalam pengeluaran champion baru dalam League of Legends.
Riot Games mengatakan penambahan champion bakal membuat banyak pemain baru takut untuk bermain League of Legends.
Sudah 13 tahun League of Legends dilancarkan dan kini mereka mempunyai 161 jumlah champion yang berbeza dengan Nilah sebagai champion paling baru setakat ini.
Malah, Dota 2 juga mempunyai lebih 123 hero dengan Primal Beast sebagai hero terbaru mereka.
Hero seterusnya League of Legends akan datang tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
Leung Harrison yang kini menjadi ketua untuk balance dalam League kini menjangka pengeluaran champion baru akan berhenti.
Ini semua berlaku apabila pencipta champion tidak dapat lagi mengeluarkan karakter yang boleh dimain dengan mudah mengikut gerak hati.
“Banyak sebenarnya champion yang dijangka tidak lagi tidak sesuai dengan zaman sekarang. Jika tidak intuitif, ini menyukarkan ramai pihak. Sebagai contoh Tresh yang boleh hook musuh tetapi jika tidak mengena, hook itu hanya akan menembus pihak musuh kerana masalah hitbox. Anda akan bertanya apa yang terjadi,?”
Gwen juga menjadi contoh paling mudah sebagai champion yang tidak intuitif.
Ramai pemain mempunyai masalah dalam mengenali serangan Gwen dan menyukarkan pemain untuk membuat reaksi balas.
Setakat ini Riot masih mahu mengeluarkan champion baharu dan bila pengakhiranya sebenar masih belum diketaui.